27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Selanjutnya, simptom yang ketiga yang akan ditunjukkan oleh individu yang mengalami

GAD ini adalah rasa bimbang yang mereka alami sangat sukar untuk dikawal. Umum perlu

mengetahui bahawa individu GAD ini tidak ingin dan tidak meminta rasa bimbang yang

dialaminya itu. Jadi, kebimbangan yang sering mereka tunjukkan bukanlah yang direka dan

ianya benar terjadi tanpa mereka tahu cara mengawalnya. Jadi, apabila kebimbangan mereka

datang menyerang secara tiba-tiba, mereka menghadapi kesulitan yang sangat besar untuk

mengawal kebimbangannya itu. Sebagai contoh, Lina bimbang sekiranya dia akan gagal dalam

peperiksaan akhirnya nanti. Kebimbangannya itu sukar untuk dikawal sehinggakan dia boleh

secara tiba-tiba terjaga daripada tidur kerana dia sangat bimbang dan merasakan dia seharusnya

mengulang kaji pelajaran pada waktu itu dan bukannya tidur.

Selain itu, simptom yang keempat adalah kebimbangan yang terjadi kepada orang dewasa

dan kanak-kanak menyebabkan mereka dengan mudah beralih daripada satu topik ke topik yang

lain. Maksudnya di sini, seseorang individu tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa akan

mudah bertukar daripada satu cerita ke cerita yang lain apabila sedang berbincang atau berbual.

Mereka sering berubah topik perbualan tanpa dirancang yang menjadikan mereka bercerita

tentang pelbagai jenis topik dalam satu-satu masa. Cerita tentang topik yang pertama belum lagi

habis, mereka sudah bergerak ke topik yang kedua dan perkara ini berlaku tanpa dirancang oleh

mana-mana pihak. Hal ini akan mengakibatkan orang yang mendengar cerita daripada individu

GAD ini cenderung menjadi keliru dengan topik perbualan.

Akhir sekali, simptom yang kelima dan merupakan simptom yang terakhir perlu ditunjukkan

oleh individu yang menghadapi GAD dalam keadaan jangka masa selama 6 bulan atau lebih ini

adalah apabila mereka mendapati kebimbangan yang dialami telah menyukarkan mereka untuk

melakukan aktiviti seharian seperti belajar, bekerja, berjumpa rakan dan keluarga. Setiap orang

pasti mempunyai perasaan bimbang dengan apa yang akan berlaku dalam hidupnya. Perasaan

bimbang yang dialami sememangnya normal kerana itu adalah sifat semula jadi manusia.

Perasaan bimbang ini akan mula menjadi tidak formal adalah apabila kebimbangannya itu

menyebabkan individu yang mengalami GAD ini sukar untuk melakukan rutin harian mereka.

Kelima-lima simptom yang telah dibincangkan tadi berada dalam keadaan yang memerlukan

jangka masa selama 6 bulan atau lebih. Sekarang kita akan membincangkan keadaan yang kedua

di mana seseorang individu yang mengalami GAD perlu memiliki sekurang-kurangnya 3

97

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!