27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kemurungan juga dikenalpasti di dalam kalangan pelajar universiti iaitu masyarakat

yang terpelajar dan berilmu. Hal ini menunjukkan kemurungan terjadi kepada sesiapa sahaja

tanpa mengira pangkat, umur dan sebagainya. Menurut jurnal yang bertajuk “Sokongan

Sosial dan Penghargaan Kendiri sebagai Petunjuk Kemurungan dalam Kalangan Mahasiswa

Institusi Pengajian Tinggi” daripada Kolej Sultan Alauddin Sulaiman Shah menunjukkan

kadar prevalens kemurungan dalam kalangan pelajar universiti sebanyak 30.6% hal ini

disebabkan oleh faktor persekitaran dan tertekan di dalam pembelajaran. 30.6% bukan lah

satu jumlah yang sedikit. Oleh itu, unit bimbangan dan kaunseling di seluruh institusi

pengajian tinggi perlu memaikan peranan mereka di dalam menangani masalah kemurungan

di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Bagi di rantau Asia pula prevalence kemurungan Asia Tenggara memiliki prevalens

kemurungan yang paling tinggi (27%) manakala Afrika mempunyai prevalens yang paling

rendah (9%). Malaysia termasuk di dalam rantau Asia Tenggara yang memiliki peratusan

lebih tinggi berbanding Afrika.Seterusnya, prevalens kemurungan bagi, Asia Pasifik (21%),

Timur Tengah (16%) Amerika Syarikat (15%), dan Eropah (12%). Perbezaan peratus yang

sangat ketara ini menunjukkan ramai masyarakat di Asia Tenggara dibelenggu dengan

penyakit kemurungan ini. Manakala di peringkat antarabangsa menurut laporan World Health

Organization (2017) prevalens kemurungan adalah lebih 300 juta secara global dengan 4.4%

populasi dunia. Jumlah kemurungan dianggarkan meningkat sebanyak 18.4 % pada tahun

2015 berbanding tahun 2005.Kemurungan akan meningkat selaras dengan pertumbuhan

populasi global

Pravelance mengikut jantina pula menunjukkan wanita mengalami peratusan yang

lebih tinggi berbanding lelaki iaitu peratusan wanita sebanyak 5.1% dan lelaki sebanyak 3.6%.

Kemurungan yang dialami oleh wanita mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu

disebabkan oleh kemiskinan, masalah kehidupan seperti kematian atau perpisahan, sakit

fizikal dan masalah yang berpunca dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Wanita juga

sering dilanda dengan emosi yang tidak stabil disebabkan oleh kitaran haid setiap bulan dan

selepas melahirkan anak. Kadar prevalens mengikut umur pula, kemurungan meningkat pada

umur dewasa pada (7.5%) dalam kalangan wanita yang berumur 55-74 tahun manakala

dewasa lelaki pula 5.5%.

Seterusnya, kadar prevalence kemurungan lebih tinggi ditunjukkan di negara yang

berpendapatan rendah dan sederhana dengan peratusan sebanyak 80% berbanding dengan

79

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!