27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

tidak tenang. Akhirnya, gejala fizikal dan kognitif yang terakhir akan dialami oleh individu GAD

ialah mereka cenderung mengalami kesukaran tidur kerana masalah tidur, gelisah pada waktu

malam atau tidur yang tidak memuaskan. Hal ini kerana, otak mereka ligat berfikir tentang

perkara yang menimbulkan perasaan bimbang mereka sehingga mereka tidak dapat tidur dengan

tenang atau untuk kes yang lebih teruk, mereka tidak dapat tidur langsung kerana banyak berfikir.

2.1.4 Kesan GAD

Terdapat beberapa kesan jangka panjang yang boleh dimiliki oleh individu yang mengalami

GAD jika ianya tidak dirawat dengan baik. Salah satu kesan jangka panjang ini adalah individu

ini akan menghadapi masalah untuk berfungsi atau bekerja secara efektif di tempat belajar dan

tempat kerja. Hal ini kerana, ketika mereka ingin melakukan pekerjaan atau pembelajaran

mereka, mereka sering memikirkan perkara lain dan tidak fokus dengan tugasan yang perlu

dilakukan. Mereka selalu memikirkan tentang hal-hal yang membimbangkan sahaja sehingga

tiada masa untuk fikirkan tentang perkara lain. Kesudahannya, perkara ini mengganggu mereka

untuk melakukan sesuatu tugasan secara efektif.

Selain itu, mereka juga akan mengalami perubahan corak tidur daripada yang normal kepada

yang tidak normal. Contoh corak tidur yang tidak normal ini adalah apabila seseorang individu

yang sering tidur seawal jam 10 malam akhirnya hanya berjaya untuk tidur pada jam 4 pagi atau

terkadang mereka tidak dapat tidur langsung untuk beberapa hari. Perubahan corak tidur ini juga

boleh berlaku dengan cara seseorang individu terlalu tidur dengan sangat lama sehingga 15 ke 20

jam dalam satu hari. Perkara ini berlaku adalah disebabkan otak mereka yang sering memikirkan

tentang hal-hal yang membimbangkan sehingga membuat otak mereka menjadi letih. Apabila

mereka terlalu berfikir, mereka akan sukar untuk tidur. Selain daripada sukar untuk tidur,

mereka juga terkadang memilih untuk tidur dengan banyak kerana mereka ingin lari daripada

masalah. Inilah antara punca yang menyebabkan mereka perlu berhadapan dengan perubahan

corak tidur yang tidak sihat.

Seterusnya, kesan yang akan dialami oleh mereka adalah mereka cenderung untuk

melakukan pengasingan sosial di mana mereka lebih selesa untuk menyendiri daripada berjumpa

dengan orang lain. Hal ini kerana, mereka akan merasakan apabila kurang bersosial dengan

orang lain, mereka dapat mengurangkan perasaan-perasaan bimbang mereka. Mereka juga sering

99

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!