27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

keluarganya sehingga menyebabkan dirinya berasa tidak selesa dan terlalu memikirkan

kejadian tersebut.

PTSD juga menyebabkan seseorang yang mengalaminya merasakan bahawa kejadian

tersebut akan berlaku lagi pada masa akan datang. Sebagai contoh, individu tersebut trauma

dan mengalami tekanan apabila teringat kembali akan kejadian kemalangan kereta yang

melibatkan ahli keluarganya. Oleh itu, setiap kali individu tersebut memandu kereta, pasti

dirinya merasakan bahawa kemalangan tersebut akan dialami oleh dirinya juga pada masa

yang akan datang. Oleh hal demikian, individu tersebut trauma dan menjadi tertekan ketika

memandu kereta atau individu tersebut tidak mahu lagi untuk memandu kereta kerana dirinya

terlalu takut jika kemalangan yang lepas akan menimpa dirinya semula.

Bagi kanak-kanak yang berumur bawah enam tahun pula dapat dikenalpasti perkembangan

PTSD apabila kanak-kanak tersebut sering menyaksikan pergaduhan atau kejadian yang

menyebabkan dirinya trauma dan mengalami tekanan terutama apabila berlaku dalam

kalangan ahli keluarganya. Kadang-kala kejadian tersebut akan muncul di dalam mimpinya

sehingga mendatangkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan dirinya. Kadang-kala

PTSD dapat dikenali melalui cara kanak-kanak tersebut bermain secara fizikal atau secara

symbolic untuk menunjukkan bentuk perasaan dan trauma yang dihadapinya. Hal ini kerana,

kanak-kanak masih belum mahir untuk menunjukkan atau memberitahu mengenai perasaan

yang dialaminya. Ibu bapa boleh melaporkan pelbagai perubahan emosi atau tingkah laku

pada anak-anak kecil kerana mereka lebih senang memahami apa yang berlaku menerusi

penceritaan atau cara bermain. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam

membantu kanak-kanak tersebut menangani PTSD dalam dirinya.

Perkembangan PTSD juga dapat dikenali apabila individu tersebut mengalami

simptom-simptom tersebut lebih daripada tiga bulan. Antara simptom-simptom tersebut

adalah individu akan cepat marah dengan sedikit atau tanpa provokasi terhadapnya.

Kemarahan tersebut dapat dilihat melalui perkataan atau tingkah laku yang agresif kepada

orang lain atau objek tertentu. Individu juga akan mudah gelabah sehingga perlakuan tersebut

boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. individu juga mudah terkejut dan

mengalami degupan jantung yang laju serta mengalami masalah tidur yang yang teruk.

4.5 KESAN KEPADA KEFUNGSIAN

Gangguan Tekanan Posttraumatik (PTSD) berlaku disebabkan oleh tiga faktor iaitu faktor

pretraumatik, peritraumatik, dan posttraumatik. Bagi faktor pretraumatik, faktor perangai

155

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!