27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.4.1 Simptom Teratur Dan Simetri

Terdapat beberapa simptom bagi OCD jenis teratur dan simetri ini. Salah satunya ialah

keresahan yang melampau akan berlaku sekiranya bilangan barang di dalam atau di luar rumah

atau tempat kerja tidak sama rata. Seseorang dengan OCD jenis teratur dan simetri ini sangat

mementingkan hal-hal yang sama rata. Hal ini kerana, apabila mereka melihat struktur-struktur

yang tidak sama rata, mereka akan berasa terganggu dan cuba untuk menyamaratakan semua

benda sehingga ianya mengganggu mereka untuk melakukan perkara-perkara lain.

Simptom kedua adalah mereka mempunyai reaksi yang berlebihan terhadap apa-apa yang

dipercayai tidak simetri. Hal ini bermaksud, individu ini mempunyai pemikiran bahawa jika

mereka tidak memastikan setiap perkara berada dalam keadaan simetri, mereka akan mendapat

musibah atau malapetaka yang akan membahayakan kehidupan mereka. Selain itu, simptom

ketiga adalah individu yang mengalami OCD ini sentiasa merasai keperluan atau dorongan yang

berlebihan untuk perkara seimbang. Individu ini sering merasakan bahawa memastikan setiap

perkara berada dalam keadaan yang seimbang adalah suatu keperluan dan bukannya kemahuan.

Selanjutnya, simptom keempat adalah mereka cenderung untuk menyusun barang sehingga

hanya terdapat item tertentu yang menunjukkan keseimbangan. Sebagai contoh, mereka akan

menyusun buku-buku dengan jumlah yang sama bagi kedua-dua bahagian rak yang ada.

Simptom seterusnya adalah mereka akan membuang barang jika ada "terlalu banyak", atau

memperoleh lebih banyak untuk mendapatkan "tepat”. Sebagai contoh, apabila menyusun

buku-buku di dalam rak, mereka mendapati bahagian rak A mempunyai satu buku terlebih

daripada bahagian rak B. Individu OCD jenis teratur dan simetri ini sanggup membuang satu

buah buku yang terlebih tadi semata-mata untuk memastikan jumlah buku di bahagian rak A dan

B berada dalam keadaan yang seimbang.

Simptom lain yang ditunjukkan oleh individu yang mengalami OCD jenis teratur dan simetri ini

adalah mereka akan beratur, bersantai atau mengatur barang supaya jaraknya sempurna atau

sama rata. Walaupun dalam keadaan beratur yang tidak diambil peduli oleh orang lain, individu

ini tetap akan memastikan dirinya beratur dengan jarak yang sempurna. Sebagai contoh, dalam

pandemik COVID-19 ini, individu OCD jenis teratur dan simetri ini akan memastikan mereka

berada tepat jarak 1 meter daripada orang lain. Bagi isu ini, ia kelihatan bagus untuk individu ini

127

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!