27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

terakhir ialah persekitaran. Individu yang terdedah kepada virus dan toksin semasa di dalam

kandungan berisiko besar mengalami gangguan terhadap keseimbangan sistem di dalam

badan terutamanya sistem otak yang berfungsi sepenuhnya mengawal tumbesaran dan

kefungsian tubuh badan. Terdapat juga beberapa peristiwa yang dapat mengakibatkan

seseorang menghidap penyakit kecelaruan psikotik seperti pernah menjadi mangsa pembulian,

menyaksikan keganasan rumah tangga, menjadi mangsa aktiviti penderaan emosi, seksual

serta fizikal atau peristiwa-peristiwa lain yang boleh menyumbang kepada punca berlaku

tekanan yang melampau. Kesimpulannya, risiko seseorang mengalami kecelaruan psikotik

adalah bergantung kepada kekuatannya untuk merawat atau mengawal daripada peringkat

awal.

2.6 PERKEMBANGAN (RAWATAN)

Gangguan mental seperti skizofrenia sangat rumit dan selalunya tidak dapat diatasi

dengan berjaya jika hanya menggunakan satu jenis ubat sahaja. Pelbagai rawatan termasuk

ubat-ubatan tersedia dan kunci untuk hasil yang berjaya adalah mencari kombinasi ubat yang

betul dan juga melaksanakan terapi bercakap untuk setiap pesakit. Pesakit yang berbeza akan

bertindak balas dengan rawatan yang berbeza. Pengurusan rawatan biasanya dilakukan oleh

salah seorang profesional (pakar psikiatri). Kejayaan rawatan bergantung terhadap

tanggungjawab yang diambil oleh penghidap skizofrenia itu sendiri.

Pencarian rawatan yang tepat bagi seseorang pesakit akan menjadi satu proses yang

panjang. Bagi mencari ubat yang tepat pada dos yang bertepatan di samping suatu terapi

bercakap yang paling berkesan akan memakan masa yang lama. Bercerita tentang ubat

antipsikotik, hampir 70% pesakit yang psikotik yang mengambil antipsikotik akan bertambah

baik keadaan mereka. Antipsikotik biasanya tidak berkesan dengan segera akan tetapi

faedahnya dapat dirasakan setelah 3 minggu hingga 3 bulan pengambilan. Ubat Antipsikotik

boleh diberikan dalam bentuk tablet, sirap atau sebagai suntikan termasuk suntikan tahan

lama yang disebut sebagai suntikan depot. Suntikan depot lebih cenderung dipilih bagi

seseorang pesakit yang kurang mengingati jadual pengambilan tablet.

Jenis ubat-ubatan atau rawatan lain bagi penghidap psikotik adalah sesi kaunseling.

Sesi kanseling tidak menyembuhkan pesakit kecelaruan psikotik. Ia hanya dapat membantu

mengetahui keadaan semasa pesakit dan apa sebenarnya yang difikirkan atau dirasai oleh

46

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!