27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

masyarakat. Malah, netizen lebih memuja-muja orang yang hidup mewah dan hidup dalam

keadaan serba lengkap. Hal ini akan memberi impak besar kepada anak-anak yang tergolong

dalam keluarga yang mempunyai masalah ekonomi ini. Bukan itu sahaja, perbalahan antara

suami dan isteri akibat gagal menguruskan kewangan dan tiada duit untuk menampung

kehidupan, akan memberi kesan buruk kepada anak mereka. Dan pada akhirnya, ibu bapa

yang sering berselisih faham berisiko tinggi untuk bercerai serta daripada situlah episode

mengabaikan kebajikan anak akan lebih tinggi dan jelas.

ii) Terjebak dengan gejala social

Anak-anak yang terjerumus dengan gejala social ini rata-rata apabila ditanya, mereka

akan menjawab ibu bapa sudah bercerai atau telah meninggal dunia. Dan ada juga yang akan

menjawab ibu bapa mereka tidak pernah peduli dengan kehidupan mereka. Keruntuhan

institusi kekeluargaan itu sudah pasti akan mempengaruhi anak-anak untuk bertindak liar

seperti merompak, merogol, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah dan bagi remaja wanita

mereka sanggup untuk menggadai maruah dirinya demi mendapatkan apa yang mereka ingini.

Kekurangan pengawasan dari ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja juga akan mempengaruhi

mereka untuk melakukan aktiviti yang tidak senonoh.

iii) Prestasi Kerja atau Sekolah Merosot

Remaja yang terlibat dengan gejala sosial seperti yang dinyatakan di atas akan turut

menjejaskan prestasi mereka di sekolah. Hal ini terjadi disebabkan mereka sering ponteng

kelas, mengabaikan pelajaran dan suka melakukan perkara yang sia-sia demi mengejar harta

yang mereka tidak mampu perolehi dari ibu bapa. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup

berhenti sekolah kerana bagi mereka belajar tidak lagi penting dan hanya dengan melakukan

kerja-kerja yang tidak baiklah mereka mampu memperoleh apa yang mereka inginkan. Bukan

itu sahaja, tekanan dari desakan isteri atau suami juga akan turut meninggalkan kesan buruk

kepada prestasi kerja. Untuk melupakan segala masalah yang dihadapi bersama pasangan dan

anak-anak, membuatkan seseorang terlibat dengan gejala social seperti minum arak,

menghiasap dadah dan bagi mendapatkan duit yang banyak ada yang sanggup melacurkan

diri bagi menampung keluarga. Ini menyebabkan prestasi kerja dan kualiti hidup semakin

merosot.

88

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!