27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.6 RUMINASI

Ruminasi dalam OCD mempunyai perkaitan dengan pemikiran yang mengganggu.

Namun, keduanya ialah berbeza kerana ruminasi ialah satu proses- kitaran yang berulang di

dalam minda disebabkan oleh pemikiran yang mengganggu. Ruminasi juga merupakan satu

penekanan yang dirasai oleh individu yang mengalami OCD ketika mereka cuba mencari sebab

mengapa pemikiran negatif itu berlaku. Kadang kala, ruminasi ini juga boleh berlaku disebabkan

keinginan untuk menentukan sama ada peristiwa itu berlaku dengan cara yang di fikir atau

tidak.

Antara contoh senario yang boleh diberikan untuk menggambarkan corak pemikiran

individu yang mengalami ruminasi OCD ialah kisah Ali yang menyangkakan dirinya telah

melanggar seseorang ketika sedang memandu: Ketika Ali sedang memandu, dia terasa seperti

terlanggar sesuatu dan selepas itu mempunyai satu pemikiran negatif. “Bagaimana jika aku

terlanggar orang lain?” perasaan curiganya membuak sehingga dia memberhentikan kereta dan

melihat jika ada yang cedera di bawah kereta. Selepas Ali menyambung perjalanannya, dia mula

mengingati peristiwa itu. “Aku tidak melihat ada orang yang terbaring di jalan maka mesti

tiada yang tercedera” fikirnya, sebelum pemikiran kedua muncul, “Tetapi keadaan sangat

gelap tadi, mungkin aku terlepas pandang“. “Ada lampu tadi, cukup terang untuk aku

nampak kalau ada orang terdampar” Kemudian diikuti dengan fikiran yang seterusnya “Tapi

jika anak kecil atau orang yang memakai pakaian gelap, ada kemungkinan aku langgar

mereka tadi.”. Dialog Ali kepada dirinya sendiri menunjukkan proses kitaran yang berulang

dalam mindanya.

130

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!