27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2.1.1 Prevalens GAD

Setiap tahun di Australia, kira-kira 14% penduduk (1 daripada 7 penduduk) mengalami

keadaan kebimbangan dan dianggarkan hanya di bawah 3% mengalami Generalised Anxiety

Disorders (GAD). GAD mempengaruhi 6.8 juta orang dewasa atau 3.1% daripada populasi

Amerika Syarikat, namun hanya 43.2% yang menerima rawatan. Hampir 6% penduduk akan

mengalami GAD sepanjang hayat mereka. GAD cenderung mempengaruhi lebih banyak wanita

berbanding lelaki. GAD juga boleh terjadi pada bila-bila masa dalam hidup dan kebiasaannya

terjadi kepada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan orang tua, tetapi rata-ratanya

bermula sekitar umur 30 tahun.

2.1.2 Punca GAD

Terdapat 4 punca yang boleh menyebabkan Generalised Anxiety Disorders (GAD) berlaku.

Punca pertama adalah faktor biologi. Otak mempunyai bahan kimia khas yang disebut

neurotransmitter yang menghantar mesej berulang-alik untuk mengawal perasaan seseorang.

Serotonin dan dopamine adalah dua neurotransmitter penting yang boleh menyebabkan perasaan

cemas dan tertekan apabila diganggu. Para penyelidik juga mendapati bahawa beberapa bahagian

otak terlibat dalam ketakutan dan kebimbangan. Bahagia-bahagian otak ini yang mengawal

perasaan seseorang lebih-lebih lagi dalam hal-hal ketakutan dan kegelisahan.

Seterusnya, faktor genetik juga merupakan salah satu punca GAD. Individu yang mengalami

GAD sering mempunyai sejarah masalah kesihatan sering mental pada individu dalam keluarga

mereka. Sebagai contoh, jika ibu mempunyai penyakit GAD, sesiapa sahaja anaknya mudah

untuk mendapatkan GAD juga. Begitu juga, jika mak cik Ani mempunyai penyakit GAD, anak

saudaranya, Alia juga berisiko tinggi untuk mendapatkan GAD kerana perkara ini adalah

berkaitan dengan darah keturunan daripada nenek moyang mereka. Penyelidik menunjukkan

bahawa 1/3 risiko GAD adalah disebabkan oleh genetik. Namun, ini tidak bermaksud seseorang

itu akan mengalami GAD secara automatik sekiranya ibu bapa atau saudara terdekat mempunyai

masalah kesihatan mental.

Selain itu, seorang kanak-kanak yang mempunyai personalitu pemalu atau menghindari

sesuatu yang berbahaya mungkin lebih cenderung kepada GAD ini berbanding kanak-kanak

94

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!