27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dua atau lebih iaitu tingkah laku marah biasanya dinyatakan sebagai pencerobohan secara

lisan atau fizikal terhadap orang atau objek, kelakuan tidak bertanggungjawab atau

merosakkan diri sendiri, hypervigilance, tindak balas terkejut yang berlebihan dan masalah

dengan tumpuan serta gangguan tidur.

Keenam, jangka masa gangguan (kriteria B, C, D dan E) lebih dari satu bulan. Ketujuh,

gangguan secara klinikal dalam bidang sosial, pekerjaan atau fungsi penting yang lain.

Kelapan, gangguan tersebut tidak disebabkan oleh kesan fisiologi bahan seperti ubat atau

alkohol.

4.3 PREVALEN

Mengikut buku DSM-IV, terdapat 8.7% risiko jangka hayat Gangguan Tekanan

Posttraumatik (PTSD) di Amerika Syarikat kriteria umur 75 tahun. Sekitar 3.5% 12 bulan

prevalensi di kalangan orang dewasa. Bagi negara Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin

mempunyai peratus yang rendah iaitu di antara 0.5% hingga 1.0%. Walaupun kumpulan

berbeza mempunyai tahap pendedahan peristiwa traumatik yang berbeza, kebarangkalian

pengembangan PTSD berikutan tahap pendedahan yang serupa juga mungkin berbeza

mengikut kumpulan budaya.

Kadar PTSD yang tinggi adalah di kalangan veteran dan kebanyakannya dari peristiwa

pertempuran, penawanan dalam peperangan. Selain daripada itu, ia juga terdiri daripada

mereka yang terselamat daripada dirogol, tahanan etnik atau politik dan pembunuhan

beramai-ramai. Amerika Asian adalah kadar paling rnedah selepas penyesuaian pendedahan

trauma dan pemboleh ubah demografi berbanding Amerika Latin, Afrika Amerika dan

Amerika Indian yang mempunyai kadar tinggi.

4.4 PERKEMBANGAN

Perkembangan post-traumatic stress disorder berlaku apabila seseorang itu mengalami

atau menyaksikan kejadian yang mengerikan, menakutkan dan berbahaya. PTSD ini bukan

lah seperti ketakutan biasa yang dialami oleh seseorang ketika mengalami atau melihat

kejadian yang telah menyebabkan dirinya trauma, akan tetapi, individu yang mengalami

PTSD ini merasakan bahawa dirinya trauma dengan kejadian tersebut. PTSD ini boleh terjadi

tidak kira bilangan umur dan simptom bagi PTSD ini selalunya bermula selepas tiga bulan

153

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!