27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.0 JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

Secara umumnya, terdapat 6 jenis kebimbangan iaitu Kecelaruan Kebimbangan Umum

(Generalised Anxiety Disorders, GAD), Kecelaruan Kebimbangan Sosial (Social Anxiety

Disorders), Kecelaruan Panik (Panic Disorders), Agorafobia, Fobia Khusus (Specific Phobia)

dan Kecelaruan Kebimbangan Perpisahan (Separation Anxiety Disorders). Setiap jenis

kebimbangan ini merangkumi prevalens, punca, kriteria diagnostik atau simptom, kesan dan

rawatan yang tersendiri. Kesemua perkara-perkara ini penting untuk diketahui kerana apabila

kita mengetahui jenis kebimbangan yang dialami, ia akan memudahkan kita untuk mendapatkan

rawatan bagi menyembuhkan penyakit kita. Selain itu, sebagai seorang bakal kaunselor, ia juga

penting untuk kami mengetahuinya kerana kami akan tahu bagaimana cara yang terbaik untuk

membantu klien menghadapi nak mengatasi kebimbangan mereka. Mari kita lihat satu persatu

maklumat yang meliputi setiap jenis kebimbangan ini.

2.1 GENERALISED ANXIETY DISODERS (GAD)

Generalised Anxiety Disorders (GAD) mempunyai ciri-ciri di mana indivdu yang

mengalaminya terlalu resah terhadap hal-hal yang akan berlaku. Kebimbangan tersebut

merupakan halangan bagi seseorang menjalankan kehidupan seharian yang normal. Individu

dengan GAD berasa cemas dan bimbang hampir setiap masa bukan hanya dalam situasi tekanan

tertentu. Kebimbangan ini kuat, berterusan dan mengganggu kehidupan normal mereka.

Kebimbangan seseorang berkaitan dengan beberapa aspek kehidupan seharian termasuklah

masalah pekerjaan, masalah kesihatan, masalah keluarga dan masalah kewangan yang

kebiasaannya bukan hanya satu masalah yang dihadapi dalam satu-satu masa. Bahkan perkara

kecil seperti pekerjaan rumah tangga atau terlambat untuk bertemu janji juga boleh menjadi

tumpuan kebimbangan. Akhirnya ia membawa kepada kebimbangan yang tidak terkawal dan

perasaan bahawa sesuatu yang mengerikan akan berlaku.

93

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!