27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rawatan psikologi yang kedua bagi merawat individu yang mengalami GAD ini ialah terapi

tingkah laku. Terapi tingkah laku tidak seperti CBT kerana ia tidak berusaha untuk mengubah

kepercayaan dan sikap. Sebaliknya, ia memfokuskan diri pada aktiviti yang menggembirakan,

menyenangkan atau memberi kepuasan, dalam usaha membalikkan corak penghindaran dan

kebimbangan yang membuat kebimbangan bertambah buruk. Mengelakkan situasi yang

menakutkan bererti klien tidak berpeluang menghadapi ketakutannya dan membuktikan kepada

diri sendiri bahawa mereka dapat mengatasinya, seterusnya menyebabkan kebimbangannya

berlanjutan.

Terapi tingkah laku untuk GAD bergantung terutamanya pada rawatan yang disebut

'pendedahan bertingkat'. Terdapat beberapa pendekatan yang berbeza untuk terapi pendedahan

berperingkat ini, tetapi semuanya adalah berdasarkan usaha untuk mendedahkan klien kepada

perkara-perkara tertentu yang membuat mereka bimbang. Pengalaman ini membantu klien

mengatasi situasi yang menakutkan daripada menghindar atau melarikan diri, serta meletakkan

kebimbangan klien terhadap situasi tersebut.

Sebagai contoh, situasi yang digunakan untuk kita lebih memahami tentang terapi pendedahan

berperingkat ini adalah klien yang sangat bimbang apabila melihat kucing. Klien yang sangat

takut dan bimbang kepada kucing ini disuruh mengatasi kebimbangan dan ketakutannya secara

berperingkat-peringkat. Cara yang digunakan adalah mendedahkan klien dengan perkara yang

membuatnya bimbang tetapi secara sedikit demi sedikit daripada pendedahan yang paling kecil

kepada yang lebih besar mengikut kesesuaian klien menghadapinya. Pada mulanya, kaunselor

akan meminta klien untuk memikirkan tentang kucing di dalam fikirannya. Apabila, klien sudah

boleh berfikir tentang kucing, kaunselor akan minta klien untuk melihat gambar kucing pula.

Apabila sudah boleh melihat gambar kucing, kaunselor akan meminta klien untuk memegang

patung kucing. Pada peringkat ketiga ini hanya patung sahaja yang digunakan dan apabila klien

sudah boleh menghadapinya, kaunselor akan membawa kucing yang betul pula kepada klien.

Penyelidikan menunjukkan bahawa terapi psikologi adalah pilihan rawatan yang paling

berkesan bagi orang yang mengalami GAD. Namun, jika simptomnya teruk, beberapa rawatan

ubat-ubatan mungkin bermanfaat. Terdapat 3 rawatan ubat-ubatan yang boleh digunakan iaitu

ubat anti-kemurungan, benzodiazepine dan buspirone. Beberapa jenis ubat anti-kemurungan

dapat membantu orang untuk mengatasi GAD, walaupun mereka tidak mengalami gejala

106

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!