27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

menyebabkan mereka terlalu bimbang untuk menjalani kehidupan dan membawa kepada tekanan

hidup kerana kehilangan sesuatu yang signifikan dalam hidup.

Punca yang kelima ialah ibu bapa yang terlalu melindungi. Seorang kanak-kanak juga dapat

mempelajari kebimbangan dan ketakutan dari ahli keluarga dan orang lain. Perkara ini

mungkin merupakan suatu manifestasi kepada tekanan atau kegelisahan individu itu sendiri. Ibu

bapa dan anak-anak saling memenuhi kebimbangan satu sama lain kerana apabila ibu bapa

terlalu bimbang akan anaknya yang keluar seorang diri, anak ini juga lambat-laun akan menjadi

bimbang dan takut untuk keluar tanpa ibu bapanya. Hal ini akan menyebabkan anak-anak sukar

untuk berdikari, sukar untuk belajar jauh daripada rumah dan ia juga menyebabkan mereka

hanya akan bekerja dengan ibu bapa kerana tidak mahu bekerja dengan orang lain.

Punca yang keenam dan yang terakhir menyebabkan kecelaruan kebimbangan perpisahan ini

adalah ikatan yang tidak selamat. Ikatan adalah hubungan emosi yang terbentuk antara bayi dan

ibu bapa (penjaga utama) mereka. Ikatan yang selamat memastikan bahawa anak anda akan

merasa aman, difahami dan cukup tenang untuk perkembangan yang optimum. Ikatan yang tidak

selamat dapat menyumbang kepada masalah kanak-kanak seperti kebimbangan perpisahan.

Ikatan yang tidak selamat ini boleh berlaku disebabkan ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak

seorang diri di rumah. Perkara ini akan menyebabkan anak-anak berasa tidak selamat dan akhirnya asyik

bimbang jika berjauhan dengan ibu bapa mereka.

2.6.3 Simptom Kecelaruan Kebimbangan Perpisahan

Kecelaruan kebimbangan perpisahan didiagnosis apabila simptomnya menyebabkan tekanan

yang signifikan dalam fungsi harian. Kecelaruan kebimbangan perpisahan mungkin dikaitkan

dengan gangguan panik dan serangan panik. Episod berulang antara perasaan kebimbangan dan

ketakutan secara tiba-tiba, ketakutan atau keganasan yang tiba-tiba mencapai puncak dalam

beberapa minit. Simptomnya hendaklah berlaku sekurang-kurangnya 4 minggu dan

menyebabkan kesusahan yang ketara pada kanak-kanak dan remaja.

Antara simptom-simptom kecelaruan kebimbangan perpisahan ini adalah tekanan berulang

dan berlebihan tentang pemikiran berada jauh dari rumah dan orang tersayang. Individu ini akan

berasa tertekan dan kebimbangan yang melampau apabila memikirkan tentang perpisahan

118

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!