27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kecelaruan parafilik sehingga dia betul-betul didiagnoskan sebagai penghidap setelah menjalani

pemeriksaan oleh doktor melalui siasatan terhadap simptom dan hasil ujian yang dijalankan.

Oleh itu, individu yang memiliki kecelaruan parafilik akan menghidap parafilia sama ada satu

atau lebih dan seseorang itu akan didiagnoskan sebagai penghidap kecelaruan parafilik apabila

dorongan tersebut berlangsung setidaknya selama 6 bulan dan menyebabkan distress.

i. Ciri-ciri & kriteria diagnostik

Terdapat beberapa ciri-ciri individu yang mengalami kecelaruan parafilik dan kriteria

untuk mendiagnosnya. Antaranya adalah, individu tersebut mungkin mengalami tekanan

psikologi dan psikososial, masalah biologi, kelemahan kefungsian dalam kehidupannya dan

mungkin juga disebabkan gangguan kesihatan mental yang lain. Di samping itu, mereka juga

mungkin mempunyai masalah untuk menjalankan perhubungan yang normal dengan pasangan,

mempunyai rasa rendah diri atau pernah mengalami penderaan seksual semasa kanak-kanak.

Seterusnya, untuk mendiagnos kecelaruan parafilik, dorongan haruslah berlangsung setidaknya

selama 6 bulan dan menyebabkan distress. Selepas enam bulan, maka doktor akan boleh

mendiagnos pesakit tersebut menghidap kecelaruan parafilik ini sekiranya pesakit tersebut

memenuhi kriteria sebagai penghidap kecelaruan parafilik ini setelah melalui beberapa ujian

yang biasa dijalankan oleh pakar. Seterusnya, bagi mereka yang menghidap kecelaruan ini,

mereka berkemungkinan akan menghidapi lebih dari satu jenis kecelaruan parafilik daripada

yang disenaraikan di dalam DSM5.

ii. Prevalens

Terdapat beberapa kajian yang dilihat memberikan penerangan bagaimana kecelaruan ini

memberi kesan kepada sesetengah penduduk antaranya adalah, sampel kajian daripada 1915

orang lelaki Negara Jerman berumur yang 40-79 tahun yang mana didapati sebanyak 62.4

peratus daripada mereka mempunyai sekurang- kurangnya satu jenis parafiia. Selain itu, kajian

ada menyatakan bahawa dalam jenayah pembunuhan seksual, Sadisme merupakan penyumbang

yang tertinggi berbanding gangguan parafilik yang lain. Selain itu, Prevalens tertinggi untuk

gangguan parafilik pedofilia yang mana populasi adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 3 hingga 5

peratus.

196

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!