27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.5 KESAN KEPADA KEFUNGSIAN

Pengabaian sosial yang serius adalah keperluan diagnostik bagi Gangguan Lekapan Reaktif

dan juga satu-satunya faktor risiko yang diketahui untuk gangguan tersebut. Namun, majoriti

kanak-kanak yang diabaikan dengan teruk tidak mengalami gangguan tersebut. Berdasarkan

prognosis, ia menunjukkan bahawa gangguan ini terjadi bergantung kepada kualiti

persekitaran pengasuhan, berikutan dengan pengabaian yang serius. Gangguan Lekapan

Reaktif secara signifikan menjejaskan kebolehan kanak-kanak untuk berhubungan secara

interpersonal dengan orang dewasa atau rakan sebaya. Selain itu, ia juga dikaitkan dengan

gangguan fungsi di banyak domain awal kanak-kanak.

Secara amnya, kanak-kanak berkembang dengan adanya domain perkembangan kognitif,

domain afektif dan domain perkembangan psikomotor. Domain perkembangan kognitif

kanak-kanak menekankan proses pembentukan konsep, penaakulan dan penyelesaian

masalah. Aspek yang dinilai adalah dari segi bahasa dan komunikasi, serta perkembangan

kognitif mereka. Seterusnya, domain afektif adalah berkaitan dengan nilai, sikap, minat,

keprihatinan dan sahsiah yang baik. Aspek yang dinilai dalam domain afektif adalah

perkembangan sosioemosi kanak-kanak, iaitu nilai, sikap, minat, keprihatinan dan sahsiah

yang baik. Akhir sekali, domain perkembangan psikomotor kanak-kanak adalah dari segi

koordinasi sistem pergerakan yang kompleks iaitu keupayaan untuk bergerak atau mengawal

pergerakan untuk menyesuaikan diri. Maka, kanak-kanak yang menghidapi Gangguan

Lekapan Reaktif mempunyai masalah kefungsian dari segi domain-domain perkembangan

ini.

145

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!