27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5.0 PUNCA-PUNCA OCD

Punca OCD terbahagi kepada 4 iaitu faktor genetik, faktor biologi, kepercayaan dan

pemikiran negatif. Punca pertama iaitu faktor genetik adalah datangnya daripada ibu bapa atau

saudara-mara. Perkara ini bermaksud jika, ibu bapa mempunyai OCD, anak mereka juga berisiko

tinggi untuk mendapat OCD. Beberapa penyelidikan menunjukkan kemungkinan bahawa

penderita OCD akan mempunyai ahli keluarga dengan OCD atau dengan salah satu gangguan

lain dalam 'spektrum' OCD. Pada tahun 2001, tinjauan meta-analitik melaporkan bahawa

seseorang dengan OCD adalah 4 kali lebih mungkin mempunyai ahli keluarga yang lain dengan

OCD daripada orang yang tidak mengalami gangguan tersebut.

Punca kedua adalah faktor biologi. Faktor biologi boleh menyumbang kepada OCD dalam

diri seseorang adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam otak individu ini.

Serotonin adalah bahan kimia di otak yang menghantar mesej antara sel-sel otak dan dianggap

terlibat dalam mengatur segala-galanya daripada kegelisahan, ingatan, hingga tidur. Serotonin

adalah neurotransmitter penting yang terlibat dalam pemeliharaan OCD. Jika berlakunya

ketidakseimbangan serotonin dalam otak, seseorang individu akan mengalami gangguan dari

segi perasaan dan ini akan menyebabkan mereka mendapat OCD.

Punca ketiga adalah kepercayaan. Bagi faktor kepercayaan, kepercayaan yang menyimpang

memperkuat dan mengekalkan gejala yang berkaitan dengan OCD. Hal ini kerana, apabila

seseorang individu percaya bahawa mereka akan mendapat musibah jika tidak memastikan setiap

perkara dalam keadaan 'tepat', mereka akan cenderung untuk terus berpegang bahawa lebih baik

menjadikan semua perkara dalam keadaan 'tepat'. Perkara ini selanjutnya akan menyebabkan

mereka mengekalkan penyakit OCD yang ada dalam diri bahkan memperkuatkannya lagi

sehingga mereka sukar untuk sembuh.

Akhir sekali, punca keempat yang menyebabkan OCD ini adalah pemikiran yang negatif.

Gejala OCD adalah akibat dari seseorang yang mengembangkan pemikiran dan corak tingkah

laku negatif yang dipelajari. Tingkah laku negatif ini mungkin terjadi daripada situasi yang

sebelumnya yang pernah berlaku dalam hidupnya akibat pengalaman hidup. Sebagai contoh,

rumah Ali pernah dimasuki perompak kerana dia tidak mengunci pintu. Perkara ini

menyebabkan Ali insaf dan sentiasa menyemak banyak kali bahawa pintu rumahnya sudah

dikunci atau belum kerana tidak mahu perkara yang lepas berulang.

133

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!