27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penyakit bipolar disorder merupakan penyakit psikologi yang boleh

dirawat dan mampu untuk disembuhkan. Terdapat pelbagai rawatan penyembuhan yang boleh

dirawat oleh pakar-pakar terlatih. Sebagai individu yang menghadapi penyakit psikologi, kita

seharusnya tidak berputus asa terhadap diri sendiri dan perlu rajin dan tekun serta mempunyai

azam yang kuat untuk menjalani rawatan penyembuhan agar kita dapat hidup sebagai insan yang

normal semula. Bipolar disorder terbahagi kepada dua iaitu bipolar disorder I, bipolar disorder

II dan cyclothimia. Menurut Dr. T Dandaithapani seorang pakar psikologi daripada Pulau

Pinang mengatakan bahawa, lebih kurang 0.6 hingga 1.1 peratus daripada populasi dunia yang

akan menghidap penyakit Bipolar Disorder. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Inisiatif

Penyelidikan Kesihatan Mental Dunia yang melibatkan 11 buah negara, kadar peratus untuk

jangka sepanjang hayat untuk penghidap bipolar I ialah 0.6 peratus manakala untuk bipolar II

ialah 0.4 peratus. Setiap daripada tahap bipolar ini mempunyai tahap keseriusan yang berbeza

dan episod simptom yang tersendiri. Bipolar I ialah tahap bipolar yang paling teruk manakala

bipolar II ialah tahap yang sederhana dan cyclothimia ialah bipolar yang paling ringan. Bipolar

disorder boleh berlaku disebabkan faktor genetik dan persekitaran. Faktor genetik adalah

mungkin disebabkan oleh individu tersebut mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah

bipolar atau penderitaan sakit secara psikologi manakalah daripada faktor persekitaran pula

disebabkan oleh tekan dalam kehidupan atau mengalami kejadian yang menyebabkan trauma

psikologi yang serius terhadap individu tersebut. Terdapat tiga simptom utama dalam

mendiagnos seseorang yang mempunyai penyakit bipolar disorder. Simptom tersebut ialah

manik, hipomanik dan kemurungan. Manik adalah situasi dimana seseorang berasa terlalu

gembira sehingga mengalami keterujaan yang tidak terkawal manakala hipomanik pula adalah

keadaan yang sama seperti manik Cuma dalam situasi yang lebih terkawal dan individu tersebut

menyedari akan perubahan mood yang mungkin berlaku pada diri mereka. Kemurungan pula

ialah kesedihan yang teramat sehingga seseorang boleh mengalami kesedihan yang tidak

terkawal. Setiap daripada tahap-tahap bipolar akan mempunyai ketiga-tiga simptom yang

disebutkan mengikut tahap keseriusan individu tersebut. Untuk merawat penyakit bipolar ini

mempunyai pelbagai cara yang telah digariskan oleh pakar termasuk dari segi secara klinikal dan

psikologi. Dari sudut psikologi ialah mendapatkan rawatan oleh pakar psikologi, bersosial

65

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!