27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Akhir sekali, GAD dapat dipelajari daripada ahli keluarga dan orang sekeliling di persekitaran

yang merasa tertekan atau bimbang. Sebagai contoh, dengan melihat seseorang bimbang apabila

melihat kucing juga akan menyebabkan individu lain juga bimbang apabila melihat kucing. Pada

awalnya, Alisa tidak pernah sesekali takut dan bimbang akan kucing tetapi apabila dia melihat

Aminah sangat takut dan bimbang dengan kucing sehingga terjatuh daripada kerusi di kedai

makan oleh sebab kucing datang mendekatinya, ini telah menyebabkan Alisa juga

lama-kelamaan menjadi takut kepada kucing. Apabila melihat kucing datang kepadanya, Alisa

cenderung untuk menjerit dan cuba melarikan diri kepada kucing akibat bimbang kucing tersebut

akan mencakarnya.

2.1.3 Kriteria Diagnostik GAD

Merujuk kepada Diagnostic Statistic and Manual Fifth Edition (DSM-5), untuk

mendiagnosis bahawa seseorang individu itu mengalami GAD, pakar psikologi dan psikiatri

perlu melihat kepada 2 keadaan yang akan ditunjukkan oleh pesakit GAD. Keadaan pertama

perlu ditunjukkan selama 6 bulan atau lebih dan ianya perlu lebih banyak hari yang menunjukkan

simptom daripada yang tidak. Terdapat 5 simptom yang perlu ditunjukkan dalam keadaan selama

6 bulan ini. Simptom yang pertama ialah kehadiran kebimbangan yang berlebihan terhadap

pelbagai topik, peristiwa atau aktiviti. Individu yang mengalami GAD ini akan menunjukkan

bahawa dia sentiasa bimbang dengan semua perkara yang berlaku di dalam hidupnya termasuk

hal-hal yang tidak diambil peduli orang lain.

Seterusnya, simptom kedua ialah kebimbangan yang dialami oleh individu GAD ini berlaku

dengan sangat kerap dan ianya jelas berlebihan daripada kebiasaannya. Sebagai contoh, Aishah

berasa sangat bimbang jika ibunya akan meninggal dunia dalam masa terdekat kerana ibunya

sering mengalami batuk-batuk sejak akhir-akhir ini. Kebimbangan Aishah ini sudah berlarutan

selama 2 bulan sedangkan ibunya bukanlah batuk setiap hari. Ibunya hanya mengalami

batuk-batuk kecil sahaja dan ianya hanya sekitar 4 ke 5 hari sahaja selama 2 bulan itu.

Kebimbangan Aishah ini boleh dikatakan berlebihan kerana dia memikirkan tentang ibunya

meninggal dunia hanya disebabkan oleh batuk-batuk itu sedangkan ketika ibunya perlu

menjalani pembedahan, Aishah tidaklah menjadi bimbang seperti itu.

96

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!