27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1.0 PENGENALAN

Dalam bab ini, apa yang dibincangkan adalah berkenaan gangguan berkaitan trauma dan

stres. Setiap daripada manusia yang hidup di muka bumi ini boleh dikatakan secara

keseluruhannya akan mengalami trauma dan juga tekanan(stres) dalam kehidupannya. Jadi

ingin di ketahui, apakah itu trauma dah juga stres secara menyeluruh dan mendalam. Situasi

traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosional,

psikologikal atau mental. Seseorang yang mengalami distress (seseorang akan menjadi lebih

negatif) mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan. Dalam sesetengah kes individu

yang mengalami masalah ini mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin

menafikan kejadian yang berlaku. Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk

menyembuhkan diri disamping menstabilkan emosi dan mental.

Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini

adalah dengan berjumpa dengan pegawai professional seperti kaunselor. Banyak kesan

jangka masa pendek mahupun panjang bagi seseorang yang mengalami trauma ini kerana ia

adalah dikaitkan dengan diri seseorang dan melibatkan gangguan terhadap aktiviti harian

yang dilakukan. Trauma adalah hal yang sering dikaitkan dengan tekanan emosi dan

psikologi yang besar, biasanya kerana kejadian yang sangat memberi kesan atau pengalaman

yang berkaitan dengan kekerasan. Ini boleh dikaitkan dengan peristiwa seperti kemalangan

jalan raya yang menyebabkan kehilangan nyawa terhadap diri seseorang itu, jadi dia akan

cenderung untuk mengingati kejadian yang berlaku sekiranya berhadapan dengan situasi

kemalangan. Itu adalah contoh yang boleh menyebabkan trauma.

Seterusnya, stres pula adalah bermaksud keadaan fizikal atau ketegangan mental yang

menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan risau

terhadap sesuatu perkara. Ini akan menyebabkan keadaan seseorang itu akan mengalami

ketidakstabilan dari segi mental mahupun fizikal yang berkaitan dengan cara hidup seseorang

itu. Terdapat satu teori yang diasaskan oleh Dr. Hans Selye yang mendefinisikan stres

sebagai satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan

yang menimpanya. Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun

apa sahaja perubahan yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang memerlukan

pengubahsuaian yang selari dengan dirinya. Terdapat tiga jenis stres yang perlu diketahui

iaitu eustress, distress dan neustress.

140

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!