27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Walaupun keadaan atau objek yang ditakuti tidak memberikan ancaman ataupun hanya

memberikan ancaman yang sangat kecil sahaja, individu yang mengalami fobia spesifik ini tidak

dapat mengawal rasa takut mereka terhadapnya walaupun ianya tidak rasional. Tanpa mereka

sedar, objek atau situasi yang ditakuti akan dihindari dengan pelbagai cara.

2.5.3 Punca fobia spesifik

Dalam kebanyakan kes, fobia spesifik berkembang pada zaman kanak-kanak iaitu antara 7

hingga 11 tahun. Namun, ianya juga boleh berkembang pada semua peringkat usia.

Kebiasaannya, punca berkembangnya fobia spesifik tidak dapat dikenal pasti. Namun

punca-punca ini dapat membantu kita untuk mencegah fobia spesifik.

Terdapat 4 punca fobia spesifik. Punca yang pertama ialah peristiwa traumatik.

Contohnya, Ali pernah digigit anjing ketika dia masih kecil. Walaupun kini dia sudah bekerja,

Ali masih lagi mempunyai ketakutan yang melampau terhadap anjing. Ini membuktikan bahawa

fobia spesifik membabitkan pengalaman awal atau peristiwa lampau yang akan

mempengaruhinya sepanjang hayat.

Punca yang kedua ialah menyaksikan orang lain mengalami peristiwa traumatik. Ahli

teori pembelajaran mendapati, pemerhatian berperanan menimbulkan ketakutan. Pemerhatian

terhadap peristiwa traumatik orang lain juga boleh menyebabkan berlakunya fobia spesifik.

Contohnya, siti berasa takut untuk menaiki kereta kerana dia pernah menyaksikan kemalangan

kereta yang tragis di depan matanya sendiri.

Punca yang seterusnya ialah pengalaman menghadapi serangan panik yang tidak dijangka.

Mengalami serangan panik dalam sesuatu keadaan yang tertentu adalah perkara yang normal

terutamanya terhadap situasi yang tidak pernah kita alami. Namun, bagi sesetengah individu,

serangan panik yang dialami boleh memberikan impak yang besar kepada mereka sehingga

boleh mengalami fobia spesifik terhadap situasi tersebut. Contohnya seperti serangan panik

ketika menaiki lif, di tempat yang gelap dan ketika menaiki kapal terbang. Situasi ini kemudian

akan menimbulkan ketakutan yang melampau terhadap individu tersebut atas serangan panik

yang pernah dialami.

113

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!