27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.6 INTERVENSI DAN RAWATAN

Kanak-kanak yang mengalami masalah atau gangguan lekapan reaktif (Reactive

Attachment Disorder) dipercayai mempunyai keupayaan untuk membentuk hubungan, tetapi

dihalang oleh peristiwa yang pernah dialami. Kanak-kanak mempunyai daya tahan dalam diri

yang kuat secara semulajadi. Dalam pada itu, kanak-kanak yang ditinggalkan ibubapa atau

yang tinggal di rumah anak yatim masih boleh membina hubungan yang sihat. Pencegahan

awal perlu dilaksanakan sekiranya melihat anak-anak dibawah jagaan mempunyai simptom

mengalami gangguan ini.

Tiada rawatan khusus untuk gangguan lekapan reaktif ini, namun intervensi serta rawatan

yang dijalankan memerlukan komitmen dan penglibatan oleh kanak-kanak bersama ibubapa.

Intervensi dan rawatan yang dijalankan adalah bertujuan untuk membantu memastikan

kanak-kanak tersebut menghadapi keadaan hidup yang selamat dan stabil serta

membangunkan interaksi yang psoitif di samping menguatkan hubungan dengan ibubapa atau

penjaga.

Rawatan yang digalakkan untu gangguan lekapan reaktif (Reactive Attachment Disorder)

adalah keutamaan melibatkan keluarga dan kaunseling. Rawatan yang dijalankan oleh

keluarga sendiri adalah menyediakan persekitaran positif dan interaktif. Selain itu, keluarga

terutamanya ibubapa perlu menggalakkan serta memantau perkembangan kanak-kanak. Pada

era globalisasi ini, kebanyakkan ibubapa sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga lupa

untuk memantau keadaan anak-anak terutamanya perkembangan mereka. Ibubapa sepatutnya

menjadi tunjang utama untuk menggalakkan anak-anak berkomunikasi dengan baik serta

menjalani perkembangan yang teratur.

Di samping itu, rawatan atau intervensi melalui kaunseling adalah pihak kaunseling

menyediakan khidmat kaunseling. Ibubapa dan kanak-kanak perlu hadir bersama untuk

mendengar serta menjalani sesi kaunseling yang dijalankan bersama kaunselor. Kaunselor

juga akan memberi pendedahan tentang perkembangan berkaitan kanak-kanak serta

kemahiran keibubapaan. Hal ini menunjukkan intervensi dan rawatan ini memerlukan

komitmen ibubapa dan kaunselor.

146

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!