27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

daripada 6 gejala fizikal atau kognitif bagi individu dewasa manakala hanya satu gejala fizikal

atau kognitif yang perlu ditunjukkan oleh kanak-kanak. Gejala fizikal dan kognitif ini penting

untuk melengkapi diagnosis bahawa individu tersebut disahkan mengalami GAD.

Simptom-simptom kebimbangan yang berada dalam keadaan yang pertama tadi perlu

disertai dengan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 gejala fizikal atau kognitif yang mana hanya

satu gejala sahaja diperlukan oleh kanak-kanak. Gejala fizikal dan kognitif yang pertama ialah

kecemasan atau kegelisahan. Kecemasan atau kegelisahan ini adalah simptom yang

kebiasaannya jelas ditunjukkan oleh individu yang mengalami GAD. Mereka sering bimbang

dengan perkara-perkara yang berlaku dalam hidupnya walaupun perkara yang sekecil zarah.

Seterusnya, seseorang akan cenderung menjadi mudah letih yang mana lebih letih daripada biasa.

Keletihan mereka ini sangat berlebih-lebihan seolah-olah mereka baru berlari 5 pusingan padang

bola sepak sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa aktiviti sekalipun. Keletihan yang dirasai

ini kebanyakannya adalah berpunca daripada mental mereka yang sudah penat dengan urusan

kehidupan.

Selain itu, simptom fizikal dan kognitif yang dialami oleh individu GAD adalah mereka

merasai gangguan kepada tumpuan atau perasaan yang menyebabkan seolah-olah minda menjadi

kosong. Hal ini bermakna, apabila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan, minda individu

GAD ini akan cenderung menjadi kosong kerana fikiran mereka sedang tertumpu kepada

kebimbangan yang dialami sekaligus menyebabkan mereka sukar untuk memberikan tumpuan

kepada tugasan yang sedang dilakukan. Selanjutnya, seseorang yang mengalami GAD akan

cenderung menjadi cepat marah yang mungkin dapat dilihat atau tidak dapat dilihat oleh orang

lain. Hal ini kerana, fikiran mereka sebenarnya sedang terganggu kerana asyik memikirkan dan

menumpukan kepada perkara yang menyebabkan kebimbangan mereka. Jadi, apabila terdapat

individu lain yang cuba bergurau atau mengganggu hidup individu GAD ini, mereka akan

bersifat agresif kerana fikiran yang tidak tenang tadi.

Seterusnya, individu GAD ini juga akan mengalami peningkatan kesakitan atau kesakitan

otot. Peningkatan kesakitan ini termasuklah mereka akan menjadi lebih kerap demam, selesema,

batuk dan pening kepala yang boleh menyebabkan kecenderungan untuk mendapatkan

penyakit-penyakit berbahaya yang lain. Mereka juga akan sering sakit-sakit otot dan sendi

kerana tidak dapat rehat yang mencukupi disebabkan oleh sering bimbang sehingga menjadi

98

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!