27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dengan mudah dan trauma dengan peristiwa yang lepas. Individu akan mengalami trauma

berterusan jika mengalami ASD seperti sering mimpi buruk, sering teringat trauma yang telah

terjadi, berasa tertekan jika ada orang lain membahaskan mengenai trauma tersebut serta

merasakan bahawa trauma tersebut akan berlaku lagi pada masa hadapan. Sebagai contoh,

seorang wanita telah diperkosa suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan dirinya tidak

boleh melupakan peristiwa hitam tersebut. Wanita tersebut juga berasa tertekan jika orang

lain membahaskan mengenai jenayah rogol lebih-lebih lagi apabila masyarakat menyalahkan

mangsa rogol berbanding menyalahkan perogol tersebut.

Individu juga boleh mengelakkan rangsangan yang menyebabkan dirinya mengingati atau

mengalami semula peristiwa traumatik, seperti orang, perbualan, tempat, benda, aktiviti,

pemikiran dan perasaan yang boleh mengingatkan dirinya terhadap peristiwa traumatik

tersebut. Hal ini kerana jika mereka mengingati peristiwa tersebut pasti mereka akan trauma

dan berasa tertekan.

5.5 KESAN KEPADA KEFUNGSIAN

Gangguan Tekanan Akut sering dicirikan oleh penilaian berlebihan mengenai bahaya, rasa

bersalah, atau putus asa di masa depan. Faktor yang mendorong individu untuk mengalami

gangguan ini adalah disebabkan terdedah dengan kejadian traumatik. Wanita adalah golongan

yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi Gangguan Tekanan Akut.

Individu yang mengalami gangguan ini akan memberi kesan kefungsian terhadap sosial,

interpersonal atau pekerjaan. Kegelisahan melampau yang dialami akan menyebabkan

berlakunya gangguan tidur, kekurangan tahap tenaga dan keupayaan untuk menjalankan

tugas. Individu yang cuba mengelak dari menghidapi gangguan ini akan menyebabkan

berlaku lebih banyak situasi-situasi yang tidak diingini. Contohnya, individu yang

menghidapi Gangguan Tekanan Akut akan tidak menghadirkan diri ke hospital untuk

mendapatkan ubat-ubatan. Tindakan ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan

individu tersebut. Contoh lain yang signnifikan dengan kesan kepada gangguan ini adalah

individu mengelak daripada memandu kereta ke temujanji penting, kerana mereka

mempunyai masalah berada di tempat awam. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kesan ini

amat mengganggu kehidupan seharian mereka.

160

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!