27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.6 KECELARUAN KEBIMBANGAN PERPISAHAN

Kebimbangan perpisahan adalah tahap perkembangan normal bagi bayi dan kanak-kanak.

Kanak-kanak sering mengalami tempoh kebimbangan perpisahan tetapi kebanyakan

kanak-kanak dapat mengatasi kebimbangan perpisahan mereka pada usia 3 tahun. Bagi

sesetengah kanak-kanak, kebimbangan perpisahan mempunyai keadaan yang lebih serius yang

dikenali sebagai kecelaruan kebimbangan perpisahan bermula seawal usia prasekolah.

Sekiranya kebimbangan perpisahan kanak-kanak kelihatan teruk atau berpanjangan

terutamanya jika ia mengganggu pembelajaran atau aktiviti harian atau merangkumi serangan

panik atau masalah lain, dia mungkin sedang mengalami kecelaruan kebimbangan perpisahan.

Selalunya penyakit ini berkait rapat dengan kebimbangan anak terhadap ibu bapanya tetapi ia

juga boleh terjadi antara kanak-kanak dengan pengasuh rapat mereka. Kecelaruan kebimbangan

perpisahan juga boleh berlaku pada remaja dan orang dewasa yang menyebabkan mereka

mempunyai masalah besar bagi meninggalkan rumah atau pergi bekerja.

2.6.1 Prevalens Kecelaruan Kebimbangan Perpisahan

Prevalens untuk kecelaruan kebimbangan perpisahan ini terbahagi kepada 3 iaitu prevalens

bagi kanak-kanak, prevalens bagi remaja dan prevalens bagi dewasa. Bagi prevalens untuk

kanak-kanak, kebimbangan perpisahan adalah jenis kecelaruan kebimbangan yang paling biasa

berlaku pada kanak-kanak. Kira-kira 4-10% kanak-kanak berumur 7-11 tahun mengalami

gangguan tersebut dan ia mempengaruhi kanak-kanak perempuan dan lelaki dengan kadar yang

sama. Antara 50-75% kanak-kanak dengan kebimbangan berpisah berasal daripada keluarga

dengan status sosioekonomi yang rendah. Sebanyak 75-80% daripada kanak-kanak enggan pergi

ke sekolah.

Seterusnya, untuk prevalens bagi remaja pula, kecelaruan kebimbangan perpisahan ini lebih

jarang berlaku pada remaja berbanding pada kanak-kanak. Kira-kira 1.6% remaja mengalami

gangguan tersebut dan kebiasaannya ia lebih kerap berlaku dalam kalangan awal remaja.

Kebimbangan perpisahan berlaku pada sekitar 3.9% kepada remaja yang berusia 12–14 atau

awal remaja dan ianya berlaku hanya sekitar 1.3% kepada remaja yang berumur 14–16 atau

didefinisikan sebagai akhir remaja.

116

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!