27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ii) Diagnosis pesakit kecelaruan personaliti

Kecelaruan personaliti ini didiagnosis dalam jangka panjang seseorang individu itu dan

kebiasaannya ciri-ciri kecelaruan ini menonjol pada peringkat awal dewasa. Ciri-ciri kecelaruan

ini akan muncul sebagai tindak balas pesakit terhadap situasi tertentu yang memberi tekanan.

Doktor akan menilai kestabilan sifat peribadi pesakit dari masa ke masa, dalam situasi yang

berbeza. Ada keadaan iaitu hanya satu sesi sahaja cukup untuk melakukan diagnosis, tetapi

selalunya diagnosis ini akan dilakukan selepas beberapa sesi untuk melihat tingkah laku pesakit

terhadap keadaan tersebut.

Doktor akan menemuramah pesakit dan ahli keluarga mereka untuk mengetahui dengan

lebih lanjut tentang kelakuan pesakit di rumah dan memadankan dengan ciri-ciri bagi jenis-jenis

kecelaruan mental. Pesakit juga diminta untuk menceritakan tentang peristiwa atau kejadian

penting yang berlaku dalam kehidupan mereka sehingga menyebabkan gangguan emosi mereka

yang melampau. Doktor juga melakukan imbasan tentang sejarah konsumsi pesakit terhadap

ubat-ubatan dan situasi individu. Terdapat juga beberapa kes yang memerlukan sampel darah

pesakit untuk melihat sama ada mereka berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang

mempengaruhi kesihatan dan keadaan pesakit ketika itu.

212

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!