27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Sikap yang kedua adalah terlalu bergantung harap kepada orang lain. Kita sebagai

manusia memang tidak lari dari hidup saling bergantung antara satu sama lain. Namun, jika

ianya berlebihan sehingga mengganggu rutin seharian, ia akan memberi kesan yang buruk

kepada kita. Jika terlalu bergantung kepada orang lain, kita akan jadi seorang yang tidak

berdikari dan kita perlu ingat tidak akan selalu orang yang kita harapkan akan bersama kita,

ada masanya kita akan bersendiri. Dan apabila kita bersendiri, kita tidak tahu dan pandai

menguruskan diri disebabkan sikap itu tadi akan membuatkan kita mengalami kemurungan

dan kesedihan.

ii) Situasi Trauma atau Tekanan

Situasi traumatik boleh didefinisikan sebagai satu peristiwa yang menyebabkan

kecederaan terhadap fizikal, emosi, psikologi dan juga mental. Orang yang mengalami

penderaan fizikal atau seksual contohnya akan terdedah dengan situasi traumatic dan mereka

akan selalu mengalami perasaan bimbang atau takut yang berpanjangan. Biasanya ia terjadi

ketika mereka masih kanak-kanak dan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa. Kehilangan

orang yang tersayang juga banyak mempengaruhi seseorang itu untuk mengalami kecelaruan

kemurungan ini. Kita perlu sedar bahawa tidak semua orang akan sentiasa setia bersama kita,

ada masa dan detiknya mereka akan pergi meninggalkan kita. Setiap insan yang bernyawa

akan diuji dengan peritnya kematian dan setiap insan yang masih diberi peluang untuk hidup

akan merasai pedihnya kehilangan orang tersayang samada berpisah hidup atau mati. Kita

boleh bersedih namun janganlah sampai memudaratkan diri sendiri sehingga terjadinya

masalah gangguan mental akibat tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang mereka

sayang telah pergi.

Masalah ekonomi juga adalah keadaan yang memberikan tekanan kepada hidup

seseorang. Ramai orang menganggap bahawa masalah mental ini hanya merujuk kepada

orang gila. Walhal, kemurungan, depresi dan juga gangguan emosi juga adalah merupakan

cabang kepada masalah kesihatan mental. Kekangan kewangan, kesempitan hidup, kebuluran

dan tiada tempat berteduh akan membuatkan seseorang itu terbeban. Mana tidaknya, di

zaman serba moden ini semua perkara memerlukan duit dan tanpa duit atau kewangan yang

stabil ianya akan mempengaruhi sesorang itu menjadi murung kerana tidak mampu untuk

membeli barangan keperluan dan sebagainya.

iii) Faktor Genetik

84

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!