27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

5.6 INTERVENSI DAN RAWATAN

Intervensi dan rawatan untuk gangguan tekanan akut (ASD) lebih berfokus kepada untuk

membantu seseorang yang mengalami gangguan untuk membantu diri keluar dari belenggu

masalah yang dihadapi. Fokus rawatan adalah untuk mengekang simptom dan mencegah

seseorang individu yang mengalami ASD ini daripada berkembang gangguan hingga ke

PTSD. Rawatan yang dijalankan berfokus menggunakan Cognitive Behavioral Theory (CBT).

Terapi kognitif mengandaikan bahawa tingkah laku salah dan gangguan emosi merupakan

hasil daripada bentuk pemikiran yang tidak rasional di mana seseorang bertindak berdasarkan

pemikiran yang telah diputarbelitkan terhadap sesuatu situasi. Terapi kognitif tingkah laku

menyatukan pendekatan penstrukturan semula terapi kognitif dengan teknik modifikasi

tingkah laku terapi tingkah laku. Ahli terapi bersama klien mereka mengenalpasti gaya

pemikiran dan tingkah laku yang menyebabkan tekanan, dan menukar gaya pemikiran

tersebut bertujuan untuk menyesuaikan semula tingkah laku. Pemikiran seseorang yang

mengalami gangguan ASD ini perlu di strukturkan semula.

Rawatan seterusnya untuk ASD ini juga menggunakan terapi yang bersesuain seperti terapi

muzik. Terapi yang digunakan perlu bersesuain dengan keadaan seseorang individu yang

mengalami gangguan ini. Terapi yang dijalankan adalah untuk membantu individu tersebut

tenang dan tidak tertekan dengan apa-apa perkara yang mampu memberi tekanan kepada

pemikiran serta menganggu emosi dirinya. Oleh itu, intervensi dan rawatan untuk gangguan

ASD ini adalah untuk mengekang daripada individu tersebut terus tertekan sehingga

meninggalkan kesan yang negatif.

161

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!