27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

B) KECELARUAN PERSONALITI (PERSONALITY DISORDER)

PENGENALAN

Kecelaruan Personaliti merupakan trait personaliti seseorang individu yang tidak stabil.

Seseorang individu tahu akan personaliti diri mereka dan berfungsi dengan baik dalam menjalani

kehidupan seharian, namun mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti ini mengalami

gangguan dan tidak berkemampuan memaksimumkan kefungsian mereka seharian. Individu

yang mempunyai kecelaruan ini dikenalpasti daripada corak atau pola tingkahlaku mereka yang

tidak normal dan menjadi kebiasaan sehingga mereka menyimpang seterusnya bertindak di luar

normal. Individu yang mempunyai masalah mental ini secara kebiasaannya bermula sejak awal

remaja dan berlarutan sehingga mereka menginjak dewasa.

Berdasarkan DSM5, terdapat 10 jenis kecelaruan mental yang kini dikenal pasti.

Paranoid adalah keadaan seseorang individu itu menghadapi delusi atau mempunyai

kepercayaan palsu yang sentiasa tidak mampu dikawal. Mereka bertindak balas tanpa berfikir

panjang kerana kepercayaan yang mereka alami itu mempengaruhi diri mereka. Skizoid pula

adalah kecelaruan mental yang dihadapi oleh individu yang merasakan bahawa mereka hanya

tinggal seorang sahaja di dunia ini. Mereka tiada tempat meluahkan perasaan dan menjadi

pendiam kerana pemikiran mereka yang mengganggu itu. Hubungan interpersonal sangat

terbatas terhadap individu ini menyebabkan mereka mudah berasa sunyi dan masalah atau

kesedihan mereka tidak dapat dikongsi. Skizotip pula ialah apabila seseorang individu itu tidak

selesa dalam berhubungan secara rapat dengan individu lain sama ada secara kognitif, tingkah

laku atau perspektif. Anti sosial adalah frasa jelas yang menunjukkan keadaan individu yang

tidak suka bersosial dan berada dalam kalangan manusia yang ramai. Mereka suka menyendiri,

sentiasa memberikan alasan dan mempunyai empati yang rendah terhadap individu lain. Mereka

akan bertindak mengikut tindakan yang mereka rasakan betul walaupun ianya melanggar hak

individu lain. Kecelaruan personaliti sempadan (borderline) ialah ketidakstabilan seseorang

individu itu terhadap hubungan interpersonal dan imej diri sendiri. Individu yang menghadapi

kecelaruan personaliti histrionik sentiasa bertindak berlebihan terhadap sesuatu perkara,

contohnya kegembiraan yang melampau kerana situasi yang mereka alami dan menyebabkan

ianya kelihatan sangat dramatik, atau kata lainnya mereka adalah ‘attention seeker’. Narsisistik

pula adalah mereka yang berkelakuan melampaui batas dan sentiasa menagih pujian daripada

210

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!