27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6.0 PERKEMBANGAN DAN KESAN KEPADA KEFUNGSIAN

6.1 PERKEMBANGAN ATAU FAKTOR PENYEBAB KEMURUNGAN

Kemurungan merupakan satu penyakit mental yang amat membimbangkan dan

dijangka akan berlaku peningkatan kecelaruan kemurungan ini dalam kalangan rakyat

Malaysia menjelang tahun 2020. Hidup di atas dunia ini sudah semestinya kita akan

berhadapan masalah dan kesukaran kerana tanpa masalah kita tidak akan belajar dari

kesilapan yang berlaku serta tidak mampu membuat perubahan yang lebih baik sebagai

seorang insan. Namun, jika setiap masalah itu sudah pasti ada jalan penyelesaiannya dan kita

mesti tahu bagaimana cara mengawal dan mengatasi masalah itu. Setiap masalah, penyakit

dan apa sahaja yang terjadi kepada kita manusia sudah semestinya ada sebab dan punca

terjadinya sesuatu itu. Begitu juga dengan kemurungan, terdapat beberapa faktor yang

menjadi penyebab kenapa terjadinya kemurungan antaranya:

i)Ciri Keperibadian Tertentu

Kemurungan ini kadang-kadang boleh berlaku disebabkan sifat dan tingkahlaku

negatif yang ada dalam diri kita. Keyakinan diri yang terlalu rendah juga boleh membuatkan

seseorang itu murung. Kurang keyakinan diri ini sebenarnya sifat yang akan membuatkan diri

kita terhalang untuk menunjukkan bakat dan kelebihan yang ada dalam diri. Punca terjadinya

sifat kurang yakin kepada diri sendiri adalah disebabkan oleh kurangnya hasrat atau

keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat. Individu ini lebih gemar menyendiri dan tidak

mahu bersaing untuk mencapai ke arah yang lebih baik. Sifat ini hanya akan membuatkan

hidup anda menjadi sedih, kecewa dan akhirnya murung disebabkan mereka tidak mampu

mencapai sesuatu yang lebih baik dalam pekerjaan atau kehidupan mereka yang sedia ada.

Malah, sikap suka membanding-bandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain juga

akan membuatkan seseorang menjadi murung. Mana tidaknya ia berlaku jika hidup asyik

merungut dengan apa yang ada dan tidak berpuas hati kerana tidak dapat apa yang diinginkan

membuatkan hidup makin celaru. dan yang terakhir adalah penampilan diri yang tak terurus

juga boleh menjerumuskan diri anda kea rah kemurungan. Sebagai contoh, anda menghadiri

ke parti hari jadi dan and jenis seorang yang tidak kemas dan suka berfesyen, maka

rakan-rakan and mula menjauhi diri anda disebabkan sikap yang tidak panda menguruskan

diri sendiri. Apabila rakan-rakan mula menjauh, anda mula murung dan kecewa dan mula

mempersoalkan apa yang terjadi.

83

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!