27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

A) KECELARUAN PARAFILIK (PARAPHILIC DISORDER)

PENGENALAN

Pada peringkat awal, kecelaruan parafilik ini digelar sebagai parafilia dan tidak lama

kemudian di dalam DSM5 telah ditukarkan kepada kecelaruan parafilik. Kecelaruan parafilik

merupakan dorongan, atau tingkah laku yang berulang-ulang, sengit, membangkitkan perasaan,

atau tingkah laku yang menyedihkan atau melumpuhkan. Melibatkan benda mati, kanak-kanak

atau orang dewasa yang mendapat kepuasan, atau penderitaan atau penghinaan terhadap diri

sendiri atau pasangan yang berpotensi menyebabkan bahaya. Manakala bagi maksud Parafilia

pula adalah sekelompok kecelaruan yang merujuk kepada tarikan seksual terhadap objek yang

tidak wajar atau aktiviti seksual di luar kebiasaan atau norma. Bagi parafilia perkataan ini

diambil dari akar Bahasa yunani iaitu ‘para’ yang bermaksud “pada sisi lain” dan ‘philos’

bermaksud “mencintai”. Parafilia ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan lelaki tetapi sejak

akhir-akhir ini meningkat dikalangan wanita yang mana berkaitan juga dengan hormon

testosteron yang dihasilkan di dalam tubuh seseorang individu. Selain itu, parafilia digelar

sebagai penyimpangan seksual disebabkan kerana, perilaku seks yang tidak normal, pelik dan di

luar fitrah kemanusiaan dan telah diamalkan untuk memuaskan nafsu seks. Di samping itu, tabiat

seks mereka yang menghidap kecelaruan ini adalah jelas, berlarutan dan keinginan mereka sukar

dibendung daripada naluri hati, iaitu melibatkan keinginan seks. Selain itu, penyimpangan ini

juga tidak mengikut landasan kepercayaan agama dan di luar pendapat masyarakat umum dan

adat resam serta kebudayaan sesuatu kaum itu. Perbezaan antara kecelaruan parafilik dan

parafilia adalah, seseorang itu boleh didiagnoskan sebagai penghidap kecelaruan parafilik

apabila dorongan tersebut berlangsung setidaknya selama 6 bulan berturut-turut dan

menyebabkan distress. Ini menunjukkan bahawa, kecelaruan ini hanya akan dapat didiagnoskan

sekiranya individu tersebut melakukan perilaku seks yang menyimpang ini dengan jangka masa

yang agak lama, berulang-ulang dan boleh dikatakan mengalami ketagihan yang teruk terhadap

perkara tersebut. Dalam pada masa yang sama, ia juga menyebabkan distress yang bermaksud,

individu ini mengalami tekanan atau penderitaan atau stress yang mendatangkan perkara negatif

yang mungkin akan menganggu kehidupan seharian mereka sehingga menjejaskan produktiviti

dan perhubungan dalam lingkungan sosial mereka dengan melakukan perilaku menyimpang

tersebut. Ini bermakna dengan adanya ciri parafilia tidak bermakna seseorang itu mengalami

195

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!