27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

individu disekeliling mereka. Kecelaruan personaliti kebergantungan (dependent) ialah

seseorang individu itu terlalu bergantung kepada orang lain secara melampau. Akhir sekali ialah

kecelaruan personaliti obsesif-kompulsif atau singkatannya OCD ialah individu ini terlalu

mementingkan kekemasan Jenis-jenis kecelaruan personaliti ini dibahagikan kepada tiga kluster

iaitu Kluster A, B dan C.

Kecelaruan Personaliti ini sangat banyak dan terdapat beberapa jenis kecelaruan ini

adalah seakan-akan sama. Namun ianya dapat dibezakan dengan kluster yang mengelaskan

jenis-jenis kecelaruan ini. Personaliti atau tingkah laku individu yang menghadapi kecelaruan ini

juga tidak kurang bezanya malah hampir semua ini mendatangkan gangguan kehidupan seharian

mereka. Kebanyakan daripada pesakit ini gagal mengawal pemikiran mereka dan menyebabkan

ianya mempengaruhi kawalan diri sendiri. Mereka sukar untuk membina hubungan rapat dengan

sesiapa pun kerana mempunyai pemikiran yang tidak sepatutnya. Apabila mereka tidak dapat

berfungsi dengan baik dalam menjalani kehidupan seharian, secara tidak langsungnya mereka

juga akan memberi kesan kepada aktiviti sosial orang lain juga. Oleh itu, penting kepada setiap

individu untuk mengenalpasti perubahan diri sendiri dari segi kelakuan atau cara pemikiran

supaya langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal dapat dilaksanakan.

i) Prevalens

Data pada tahun 2001-2002 daripada National Epidemiologic Survey on Alcohol and

Related Conditions menunjukkan bahawa lebih kurang 15% golongan dewasa di Amerika

Syarikat ada sekurang-kurangnya satu masalah kecelaruan personaliti.

Bukti klinikal di Austria menunjukkan bahawa kecelaruan personaliti sangat lazim dan

biasa iaitu sebanyak 45.4% adalah mereka yang merupakan pesakit psiakiatri dan

kecelaruan ini membawa kepada penurunan tingkat kemampuan sosial mereka,

kefungsian para individu ini dalam melaksanakan tugas dalam pekerjaan yang diceburi

dan merupakan faktor utama dalam cubaan pesakit untuk membunuh diri.

Kajian di United Kingdom (2006) menunjukkan bahawa pada waktu tertentu, 1 daripada

20 orang individu di negara itu mengalami kecelaruan personaliti.

211

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!