27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Selain itu, kita juga boleh cuba mendekati orang-orang yang lebih positif dari diri kita

supaya aura positif yang ada pada diri seseorang itu dapat mempengaruhi kita. Hal ini

kerana kita sebagai manusia sangatlah mudah terpengaruh. Oleh itu, pesekitaran yang

baik adalah penting.

6.0 RAWATAN

Rawatan adalah salah satu usaha atau proses yang dilakukan untuk menyembuhkan

sesuatu penyakit. Sudah pasti kita selalu dengar mengenai pepatah yang berbunyi “setiap

penyakit tentu ada penawarnya”. Oleh itu, penyakit gangguan bipolar juga mempunyai kaedah

rawatannya tersendiri.

Merujuk kepada doktor iaitu pesakit boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor

yang bertauliah bagi mendapatkan panduan dalam pengambilan ubat-ubatan yang bersesuai

dengan simpton-simpton yang dialami. Ubat-ubatan ini bukanlah menjamin kesembuhan

terhadap penyakit yang dialami tetapi sebalik bertindak sebagai rawatan jangka pendek bagi

membantu pesakit menangani gangguan yang dialami dalam satu masa tertentu. Oleh itu sebab

itu, pesakit perlu mengambil ubat yang dicadangkan oleh doktor ini secara berterusan dan dalam

jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, ubat yang sering disyorkan ialah ubat untuk

stabilkan mood seperti lithium (Lithobid), ubat antipsikotik, seperti olanzapine (Zyprexa), ubat

antidepresi-antipsikotik, seperti fluoxetine-olanzapine (Symbyax), ubat benzodiazepine, sejenis

ubat anti-kerisauan seperti alprazolam (Xanax) yang digunakan untuk rawatan jangka pendek.

Para pesakit yang datang berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan akan di

rawat mengikut 3 kategori. Kategori pertama ialah keadaan pesakit yang boleh membahayakan

diri mereka atau orang disekeliling mereka, malah memerlukan pemantauan yang kerap. Mereka

ini akan dirawat terus di hospital. Manakala, pemantauan ke rumah oleh wakil pihak hospital

pula dibuat kepada kategori pesakit yang mempunyai simpton yang teruk tetapi tahap kawalan

dan persekitaran tempat tinggal yang dapat menjamin keselamatannya. Kategori terakhir pula

ialah kategori rawatan pesakit luar iaitu diberikan kepada pesakit yang lebih stabil. Rawatan

diberikan kepada pesakit dengan membantu pesakit mengenal pasti perkara yang membuatkan

63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!