27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

5.0 CARA MENGATASI

Gangguan bipolar ini masih dapat di atasi oleh seseorang dengan mengamalkan cara yang

sesuai kerana penyakit ini adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang

ketara. Oleh itu, penyakit ini sebenarnya masih boleh diatasi dengan beberapa cara yang sesuai

bagi mengekalkan kestabilan emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana emosi yang stabil adalah

tunjang kepada keberkesanan setiap langkah yang diambil. Berikut merupakan cara-cara yang

sesuai yang boleh diambil oleh penderita gangguan bipolar bagi mengelak diri daripada

mengalami gangguan ini.

a) Bersosial

Bersosial adalah di mana seseorang itu perlu melibatkan diri dengan dunia luar seperti

bergaul dengan masyarakat, melakukan komunikasi dua hala dan segala yang

melibatkan seseorang itu perlu berjumpa dengan orang lain. Bersosial mampu

memberikan kestabilan emosi kepada seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana

dengan bersosial, secara tidak langsung seseorang itu akan mempunyai tempat untuk

meluahkan masalah yang dialami kepada individu yang dipercayai. Hal ini dikatakan

demikian kerana berkongsi atau meluahkan masalah yang dialami kepada orang lain

sebenarnya mampu mengurangkan beban yang ditanggung. Selain itu, individu yang

mempunyai masalah juga dapat meminta pandangan serta nasihat atas

tindakan-tindakan yang bakal diambil. Sehubungan dengan itu, penyelesaian yang

mudah ini turut memberi kesan dalam usaha mengekalkan kestabilan emosi. Oleh itu,

apabila setiap orang mempunyai teman untuk berkongsi saat suka duka bersama,

sudah pasti seseorang itu tidak akan cenderung untuk tidak menjauhkan diri dari

orang lain. Malah, dengan wujudnya hubungan baik dan mesra tersebut mendorong

mereka untuk terus meneroka minat dan menikmati hidup bersama-sama.

b) Mengatur pola tidur dengan baik

Mereka yang mengalami gangguan bipolar seringkali mempunyai pola tidur yang

tidak teratur iaitu sama ada mereka mengalami kesulitan untuk tidur atau tidur yang

berlebihan. Kebanyakan kajian mendapati bahawa hampir 25 peratus pesakit yang

61

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!