27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

dengan orang-orang yang disayangi. Simptom seterusnya ialah kerisauan berterusan dan

berlebihan kerana kehilangan ibu bapa atau orang lain yang disayangi disebabkan penyakit atau

musibah. Individu ini akan sering berasa bimbang disebabkan oleh ibu bapa atau orang yang

rapat dan sayang telah pergi meninggalkan dirinya. Simptom yang ketiga ialah kebimbangan

berterusan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku, seperti hilang atau diculik, menyebabkan

perpisahan dengan ibu bapa dan orang tersayang.

Simptom selanjutnya ialah individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan perpisahan ini

enggan berada jauh dari rumah kerana takut berpisah sehingga tak mahu pergi ke sekolah dan ke

tempat kerja. Individu ini akan menghadapi kesulitan ketika bekerja kerana sering tidak datang

ke tempat kerja dan menyebabkan pekerjaannya banyak bertangguh sekaligus menyebabkan

kesulitan kepada orang lain. Seterusnya, individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan

perpisahan juga tidak mahu berada di rumah sendirian atau tanpa ibu bapa dan orang lain yang

disayangi di rumah. Hal ini kerana, mereka cenderung memikirkan bahawa orang yang

disayanginya itu akan mendapat kecelakaan atau apa-apa musibah yang membahayakan diri

mereka.

Simptom lain yang akan ditunjukkan oleh individu yang mengalami kecelaruan

kebimbangan perpisahan ini adalah keengganan atau enggan tidur jauh dari rumah tanpa ibu

bapa atau orang tersayang berada berdekatan mereka. Individu ini lebih sanggup tidak tidur

daripada perlu tidur tanpa orang yang disayangi mereka. Hal ini akan mengakibatkan mereka

cepat mendapat penyakit kerana tidak dapat rehat yang mencukupi.

Selanjutnya, individu ini juga akan mengalami mimpi buruk mengenai perpisahan terus

berulang kali berlaku. Akhir sekali, individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan

perpisahan ini akan menunjukkan keluhan sakit kepala, sakit perut atau simptom lain yang kerap

berlaku apabila memikirkan perpisahan dengan ibu bapa atau orang tersayang yang lain. Hal ini

kerana, mereka kurang rehat dan kurang tidur sehingga menyebabkan mereka mudah mendapat

penyakit.

119

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!