27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI

Rawatan bagi kecelaruan personaliti boleh digunakan dalah terapi kelompok. Hal ini

demikian kerana mereka yang menghadapi masalah personaliti akan diberi peluang berinteraksi

dan membina keyakinan diri dengan cara bergaul dengan orang lain. Malahan ia perlu disertakan

dengan sokongan yang jitu daripada orang yang boleh dipercayai. Terapi keluarga, membantu

pasangan atau ahli keluarga meluahkan perasaan yang mereka hadapi. Dalam terapi keluarga

juga dapat mempelajari cara yang berkesan dalam menguruskan konflik.

Rawatan untuk kecelaruan personaliti juga menggunakan ubat-ubatan bagi mengawal

perasaan dan kemurungan. Antidepressi, yang boleh memperbaiki kemurungan, marah, dan sifat

impulsive. Penstabil-mood, yang boleh memperbaiki perubahan angin dan mengurangkan sifat

meragam dan sifat aggresif. Ubatan antipsikotik, juga dikenali sebagai neuroleptic, yang boleh

bermanfaat bagi mereka yang selalu hilang arah dari realiti. Ubatan anti-anzieti, yang membantu

mengurangkan anzieti, gangguan pemikiran, dan insomnia.

Disamping itu, terapi tingkah laku juga boleh digunakan oleh kaunselor dan psikologi kerana

terapi ini percaya bahawa manusia adalah produk dari alam sekeliling dan tingkah laku manusia

adalah dipelajari. Maksudnya, segala apa yang manusia buat mereka ciptakan sesuatu itu sendiri

dan keadaan persekitaran yang mengubah tingkah laku dan personaliti mereka. Bagi membuang

tabiat yang tidak diingini, mereka perlu fokus dalam mempelajari tingkah laku yang positif.

Contoh bersosial, pengurusan kendiri dan cara-cara rileksasi.

219

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!