27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.0 KRITERIA DIAGNOSTIK

Kriteria diagnostik merupakan tindakan atau proses mengenalpasti atau

menentukan sifat dan penyebab penyakit melalui penilaian sejarah penyakit, pemeriksaan dan

tinjauan data makmal. Kesimpulan akan dicapai daripada penilaian yang dilakukan.

Menurut DSM-5, untuk membuat diagnosis kemurungan, individu yang berkenaan

mesti mengalami sekurang-kurangnya lima simptom dalam tempoh dua minggu dan

sekurang-kurangnya salah satu daripadanya adalah mengalami tertekan dan kehilangan minat

terhadap sesuatu perkara yang disukai. Antara simptom-simptom kemurungan ialah

mengalami tertekan hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari. Seterusnya adalah

kehilangan minat atau keseronokan dalam hampir semua atau semua aktiviti. Sebagai contoh,

jika dahulunya individu terbabit gemar untuk membaca buku dan berkebun, beliau akan

berhenti melakukan aktiviti tersebut jika beliau sudah mengalami simptom kemurungan.

Simptom seterusnya adalah penurunan berat badan yang ketara ketika tidak melakukan diet

atau kenaikan berat badan yang begitu mendadak. Keletihan atau kekurangan tenaga hampir

setiap hari juga merupakan simptom bagi kemurungan. Hal ini demikian kerana, kemurungan

akan menjadikan individu terbabit rasa tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti.

Simptom seterusnya ialah perasaan tidak berharga atau rasa bersalah yang berlebihan hampir

setiap hari, Individu yang mengalami simptom ini akan mula berfikir secara berlebihan

terhadap orang sekelilingnya. Individu terbabit juga akan merasakan dirinya tidak disayangi.

Kemampuan berkurang untuk berfikir atau menumpukan perhatian dan terfikir tentang

kematian atau membunuh diri adalah simptom lain untuk kemurungan.

Untuk mendapatkan diagnosis kemurungan, gejala ini mesti menyebabkan

individu mengalami tekanan atau kemerosotan yang signifikan secara klinikal dalam bidang

sosial, pekerjaan, atau fungsi penting lain. Gejala juga tidak boleh berlaku akibat

penyalahgunaan bahan atau keadaan perubatan lain.

Cara untuk mendiagnos penyakit ini melibatkan penilaian soal jawab atau

temubual antara pengawai perubatan atau pakar psikiatri dengan pesakit dan perlu

berpandukan kriteria yang ditetapkan dalam DSM-5 oleh American Psychiatric Association

(APA). Kebiasaannya, proses diagnosis ini dilakukan di klinik psikiatri atau di dalam wad

bergantung kepada keadaan pesakit.Selain daripada mendapatkan sejarah dari pesakit, ahli

keluarga turut ditemu bual bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai gejala

serta kesan gejala tersebut terhadap individu.Pemeriksaan fizikal serta ujian darah tertentu

76

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!