27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

otak kanak-kanak tidak dapat berfungsi untuk membezakan antara orang baik atau jahat.

Mereka menjadi seorang kanak-kanak yang tiada rasa takut kepada orang asing, dan ianya

adalah sangat merbahaya untuk keselamatan mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh

memasuki rumah orang yang tidak dikenali tanpa ada perasaan takut dan tanpa memikirkan

keselamatan mereka.

3.6 INTERVENSI & RAWATAN

Rawatan untuk gangguan penglibatan sosial (Disinhibited Social Engagement Disorder,

DSED) memerlukan sokongan serta bantuan keluarga terutamanya dan memerlukan bantuan

dari kaunselor. Dalam merawat atau intervensi bagi gangguan ini juga memerlukan komitmen

dari keluarga. Keluarga terutamanya ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak

untuk menggalakkan komunikasi dua hala antara ibubapa bersama anak-anak. Komunikasi

merupakan faktor yang penting bagi memastikan kelangsungan perkembangan anak-anak.

Komunikasi kanak-kanak perlu dilatih sejak kecil agar mereka merasakan bahawa dia mampu

berhubung dengan baik bersama ahli keluarga dan juga orang lain. Dalam pada itu, ibubapa

juga perlu memastikan anak-anak berkomunikasi dengan perkara yang betul dan mengetahui

batasan untuk berkomunikasi.

Di samping itu, intervensi dan rawatan melalui kaunseling pula adalah melibatkan antara

kaunselor dan ibubapa. Kaunseling akan menyediakan terapi yang terbaik untuk

menggalakkan komunikasi kanak-kanak dan orang lain. Contohnya adalah seperti terapi

bermain dan terapi seni. Hal ini kerana, kanak-kanak majoritinya akan berkomunikasi dengan

baik sewaktu mereka bermain. Terapi seni pula akan membantu mereka menterjemah

perasaan mereka melalui lukisan dan akan menghuraikannya dengan bercerita. Dalam pada

itu, ibubapa juga boleh menjalani sesi bersama kaunselor untuk mendapatkan pendedahan

yang lebih mendalam tentang cara memahami anak-anak serta mengenali mereka berdasarkan

perspektif psikologi. Intervensi dan rawatan yang dijalankan ini adalah untuk membantu

kanak-kanak dalam mengembangkan hubungan sosial mereka dengan baik.

150

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!