27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Individu yang mengalami GAD ini juga akan menghadapi ketidakupayaan untuk berinteraksi

secara normal dengan orang lain. Hal ini kerana, apabila mereka sedang dalam perbualan dengan

orang lain, mereka akan secara tiba-tiba memikirkan tentang perkara lain seperti hal-hal

kebimbangan mereka dan ini membuatkan mereka tidak boleh meneruskan dengan baik apa yang

sedang dibualkan. Mereka cenderung untuk melayan perasaan bimbang secara tiba-tiba sehingga

hilang dalam perbualan. Selain itu, mereka juga cenderung untuk salah faham dengan apa yang

sedang dibualkan oleh orang lain kerana perasaan bimbang yang ada dalam diri.

Kesan yang seterusnya ialah mereka akan sentiasa merasakan dirinya tidak berguna kerana

tidak dapat melakukan apa-apa untuk menjadikan sesuatu keadaan lebih baik. Individu ini juga

sering kehilangan motivasi untuk berusaha menjadikan sesuatu lebih baik. Maksudnya di sini,

mereka sentiasa mencuba untuk membantu sesiapa sahaja yang menghadapi masalah tetapi

mereka sering hilang kemampuan untuk berbuat demikian. Hal ini akan menyebabkan mereka

cenderung untuk berhenti daripada membantu orang lain. Selain itu, kesan yang kan mereka

alami adalah kehilangan harga diri kerana perasaan tidak berdaya dan berputus asa. Kesan ini

kebiasaannya terjadi ketika pelbagai isu-isu dalam kehidupan seperti pekerjaan dan

pembelajaran.

2.1.5 Rawatan GAD

GAD dapat dirawat dan mencari sokongan profesional adalah langkah pertama menuju pemulihan.

Terdapat dua jenis rawatan berkesan untuk GAD iaitu rawatan psikologi dan rawatan

ubat-ubatan. Kebiasaannya, pakar-pakar psikologi dan psikiatris akan menggunakan rawatan

psikologi rawatannya untuk GAD dan ubat-ubatan hanya digunakan untuk kes-kes yang teruk

sahaja. Mari kita telusuri satu persatu rawatan GAD ini.

Rawatan yang pertama ialah rawatan psikologi. Rawatan psikologi juga dikenali sebagai

terapi bercakap. Rawatan ini dapat membantu mengubah corak pemikiran seseorang sehingga dia

dapat mengawal kebimbangannya serta mengurangkan kebimbangan yang tidak rasional.

Terdapat 2 jenis rawatan psikologi untuk GAD iaitu Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan

Terapi Tingkah Laku. Kedua-dua rawatan psikologi ini mempunyai pendekatan yang berbeza

dalam membantu individu GAD ini.

101

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!