27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2.4 PERKEMBANGAN

Bagi bayi yang mengalami simptom RAD ini mereka akan berkelakuan seperti mengelak

untuk bertentangan mata dengan penjaganya atau sesiapa pun, tidak mahu untuk menghulur

tangan untuk meminta diangkat, tidak sedar atau tidak kisah apabila anda meninggalkan

mereka bersendirian, tidak mengikut anda dengan pergerakan matanya dan menolak usaha

ibu bapa untuk mententeram, memujuk dan berhubung dengannya.

Bagi perkembangan kanak-kanak pula mereka akan merasakan seperti perasaan positif,

sentuhan dan kasih sayang dianggap sebagai ancaman, kemarahan ditunjukkan dengan jelas

melalui perangai atau tingkah laku yang manipulatif dan pasif-agresif, tidak menunjukkan

kasih sayang terhadap ibu bapanya dan tidak mempamerkan rasa bersalah, kesal atau insaf

setelah berperangai tidak baik terhadap orang lain seperti tidak meminta maaf setelah

melakukan kesalahan seperti menumpahkan air, menconteng dinding dan sebagainya. Mereka

tidak menghiraukan perasaan orang yang berada di sekelilingnya. Mereka menganggap

bahawa mereka sepatutnya tidak memberi layanan yang baik kepada penjaganya ataupun

orang lain kerana penjaga dan orang lain itu merupakan ancaman kepadanya.

Perkembangan RAD juga berlaku apabila kanak-kanak menjadi mangsa dera di rumah

anak yatim atau mereka yang dijauhkan dari ibu bapa mereka sendiri. Sebagai contoh,

kanak-kanak yang dihantar ke kampung, dihantar ke asrama, transisi dari rumah nak ke taska

atau tempat pengasuh serta mungkin ibu bapa masih dalam keadaan yang tidak bersedia

kerana mempunyai illness atau mental health problem yang menyebabkan mereka terpaksa

menjauhkan diri dari kanak-kanak telah menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak menerima

layanan yang terbaik daripada ibu bapa atau orang yang berada disekelilingnya. Hal ini sering

berlaku dalam kalangan ibu bapa yang bekerja. Oleh itu, RAD akan berlaku di dalam diri

mereka.

RAD juga berlaku antara anak dan ayah kerana ayahnya terlalu sibuk dan tidak pernah

ambil tahu tentang anak masing-masing. Selain itu, kanak-kanak akan berasa ditinggalkan,

terasing, powerless dan tidak disukai oleh orang lain. Ini juga memberi perasaan kepada

mereka bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sesiapa untuk berdepan dengan dunia

yang menakutkan walaupun masih kecil.

144

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!