27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kesan yang keempat ialah hubungan sosial. OCD memberi impak yang negatif dalam

mengekalkan hubungan sosial atau interpersonal dengan orang lain. Orang sekeliling individu

yang mengalami OCD ini akan mendapat kesan yang terbesar kerana cara kehidupan penghidap

OCD yang berlainan itu akan mengganggu kesejahteraan orang yang berada di sekelilingnya.

Contohnya, individu yang mempunyai jenis OCD menyemak semula akan menyukarkan orang

sekelilingnya apabila dia memerlukan masa yang lama untuk menyemak semula sesuatu

pekerjaan yang telah dilakukan. Hal ini bukan sahaja akan membazirkan masa individu tersebut,

namun masa orang yang terlibat dengannya akan terjejas juga. Selain itu, terdapat juga kesan

dalam hubungan sosial yang melibatkan individu yang mengalami OCD sanggup menjauhi orang

sekelilingnya. Perkara ini kebiasaannya berlaku kerana mereka ingin mengelakkan daripada

kehidupan mereka diganggu oleh orang lain sehinggakan tidak melibatkan diri dalam sebarang

hubungan sosial.

Kesan yang terakhir ialah aktiviti seharian. Kemampuan individu yang menghidap OCD

untuk menjalani aktiviti seharian akan terjejas. Hal ini kerana, terdapat individu yang tidak

dapat menjalankan tugas mereka sebagai pekerja atau pelajar dengan sempurna disebabkan OCD

yang dialami.

135

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!