27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kemurungan tahan rawatan ini. Oleh sebab itu, kemurungan jenis ini sukar untuk dirawat

jika hanya bergantung pada ubat-ubatan dan ianya perlu dibantu melalui diagnosis yang

tepat dan menyeluruh bagi mengenalpasti sebab-sebab berlakunya kemurungan tersebut

dan jika ada inisiatif perubatan lain yang boleh dilakukan untuk membantu pesakit.

Pesakit juga turut diberikan kaunseling bagi melegakan sedikit segala kekusutan yang

sedang dialaminya. Semasa sesi dijalankan, kaunselor akan melayan segala luahan pesakit

dan dalam masa yang sama akan cuba untuk membetulkan tingkah laku pesakit

menggunakan teori Tingkah Laku Kognitif.

c. Kemurungan Subsindromal:

Bagi mereka yang mengalami kemurungan subsindromal ini, mereka

sebenarnya sudah pun mempunyai simptom-simptom kemurungan, namun tidak

mencukupi untuk didiagnosis sebagai pesakit MDD. Individu yang dikategorikan sebagai

pesakit kemurungan subsindromal ini telah mengalami dua atau tiga simptom

kemurungan yang umum atau disebabkan oleh tekanan yang dihadapi selama seminggu

sahaja. Berbeza dengan pesakit MDD yang perlu mengalami lima simptom yang

berterusan selama dua minggu atau lebih. Bagi pesakit kemurungan jenis subsindromal

ini, doktor akan melihat fungsi pesakit itu sendiri sama ada dia masih boleh meneruskan

kehidupan sehariannya seperti biasa atau tidak. Sebagai contoh, jika individu itu masih

berupaya untuk pergi ke kerja dan melakukan tanggungjawab hariannya maka masalah

kemurungan mereka masih lagi boleh dikawal sebelum berlarutan menjadi MDD.

d. Kecelaruan Kemurungan Berterusan (Persistent Depressive Disorder –PDD):

Kemurungan PDD ini dahulunya dikenali sebagai Dysnthymia yang

menggambarkan mood yang suram, sedih, dan kelam yang dialami oleh pesakit pada

kebanyakan harinya. Tidak hanya mengalami mood yang suram, tetapi pesakit PDD ini

juga akan turut mengalami dua simptom tambahan lain yang dialami dalam tempoh yang

berpanjangan iaitu selama dua tahun atau lebih. Pesakit PDD juga mesti mempunyai dua

daripada masalah ini:

i. Masalah tidur

ii. Tenaga yang rendah / keletihan

iii. Kurang keyakinan diri

iv. Masalah selera makan

v. Sukar membuat keputusan

vi. Putus asa

72

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!