27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.2 Simptom utama bipolar mengikut jantina

3.2.1 Perempuan

Simptom utama yang dialami oleh oleh lelaki dan perempuan adalah sedikit berbeza. Dalam

kebanyakan kes, seorang perempuan yang mengalami gangguan bipolar boleh didiagnos ketika

mereka berusia sekitar 20-an atau 30-an. Mereka akan lebih banyak mengalami episod

kemurungan berbanding episod manik dimana mereka hanya mengalami episod manik yang

lebih ringan. Golongan perempuan biasanya akan mengalami “rapid cycling” dimana mereka

akan mempunyai empat atau lebih episod manik dan kemurungan dalam setahun dan keadaan ini

akan sentiasa berulang. Selain itu, pada masa yang sama juga mereka mungkin mengalami

penyakit lain seperti tiroid, obestiti, kerisauan yang melampau dan migrain. Semasa mengalami

gangguan bipolar juga, mereka juga mempunyai risiko dalam penyalahgunaan alkohol.

Walaupun mereka ini sedang berada dalam tempoh rawatan, namun mereka tidak terlepas

daripada mempunyai gejala atau simptom gangguan bipolar yang kerap berulang kembali.

Perkara ini terjadi akibat daripada perubahan hormon oleh golongan perempuan yang dikaitkan

dengan haid, kehamilan atau menopause.

3.2.2 Lelaki

Bagi kaum lelaki pula, mereka mungkin akan mengalami simptom atau gejala yang sedikit

berbeza daripada perempuan. Lelaki yang mengalami gangguan bipolar boleh didiagnos lebih

awal dalam kehidupan mereka. Mereka biasanya akan mengalami episod yang lebih teruk

berbanding perempuan terutamanya pada episod manik dan mereka mereka juga

berkemungkinan akan bertindak secara agresif semasa berada pada episod manik. Mereka juga

akan lebih cenderung untuk terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah semasa berada dalam

tempoh gangguan bipolar. Lelaki dengan gangguan bipolar juga kebiasaannya akan

menangguhkan hasrat mereka untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ini seterusnya akan

menjadikan mereka antara golongan yang berisiko untuk membunuh diri akibat daripada

gangguan bipolar.

58

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!