27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Keluarga terdekat yang mempunyai sejarah kemurungan, gangguan bipolar atau kes

bunuh diri cenderung untuk mendapatkan masalah gangguan mental. Sesetengah penyakit

mental dikaitkan dengan ketidakseimbangan pada bahan kimia di dalam otak yang disebut

sebagai neurotransmitter. Bahan kimia ini berfungsi dalam membolehkan sel-sel di dalam

otak berhubung antara satu sama lain. Ketidakseimbangan yang berlaku akan mengganggu

fungsi otak. Jadi jika ada antara ahli keluarga yang rapat contohnya ibu bapa, datuk nenek

dan sebagainya maka risiko untuk mengalami masalah kemurungan adalah lebih tinggi.

iv) Kurang Sokongan Sosial

Kurang sokongan social dari orang sekeliling terhadap apa jua yang diminati akan

memberi impak negatif dalam diri seseorang. Sokongan social itu sangatlah penting kerana

tanpa sokongan social, seseorang itu tidak mampu untuk menjalani kehidupan dengan tenang.

Mereka akan lebih suka menyendiri kerana sedar tiada siapa disisi. Ini membuatkan

seseorang itu menjadi semakin murung dan akhirnya membuat keputusan untuk

mencederakan diri sendiri. Sebagai contoh, ibu yang baru melahirkan anak mempunyai anak

lebih berisiko mengalami kemurungan apabila si suami mengabaikan mereka dan

berfoya-foya dengan wanita di luar sana. Ini akan membuatkan isteri mengalami kemurungan

pascapartum atau dalam bahasa mudahnya meroyan. Hal ini sangat membimbangkan

lagi-lagi dengan keadaan si bayi kerana si ibu yang mengalami masalah ini akan menjurus

untuk mencederakan bayinya.

6.2 KESAN DARIPADA KECELARUAN KEMURUNGAN

6.2.1 KESAN KEPADA KEFUNGSIAN DIRI

i) Gangguan Kitaran Haid

Haid adalah keadaan dimana lapisan endometrium pada rahim atau uterus meruntuh

setiap bulan dan menyebabkan pendarahan keluar melalui faraj atau vagina. Masalah kitaran

haid terganggu ini akan berlaku kepada mana-mana wanita dan ini akan memberi impak

buruk kepada mereka yang ingin mendapatkan cahaya mata. Salah satu punca terjadinya

masalah gangguan haid ini adalah disebabkan oleh tekanan atau masalah emosi yang tidak

stabil. Tekanan yang dihadapi ditempat kerja atau tekanan dari segi mental disebabkan rasa

tidak yakin kepada diri akan membuatkan seseorang itu mempunyai masalah terhadap

gangguan hormon ‘Gonadotropin Releasing Hormon’ atau singkatannya GNRH yang mana

85

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!