27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

i. Alkohol (jika minum terlalu banyak)

ii. Ubat tahan sakit opiod

iii. Benzodiazepin (yang bertindak pada saraf pusat)

j. Kemurungan Psikotik:

Mereka yang mempunyai kemurungan yang teruk dikategorikan sebagai pesakit

kemurungan psikotik. Selain itu, pesakit juga turut mengalami psikosis yang ditakrifkan

sebagai kehilangan kefahaman dengan dunia realiti yang sebenar. Terdapat dua simptom

yang sering dikaitkan dengan kemurungan psikotik iaitu halusinasi dan delusi. Halusinasi

adalah apabila seseorang melihat atau mendengar sesuatu perkara yang tidak benar dan

tidak pernah wujud di dunia realiti. Sebagai contoh, individu itu seakan nampak ada lelaki

yang mengekori atau mendengar suara yang sedang berbual dengannya. Manakala, delusi

pula apabila seseorang itu mempunyai kepercayaan palsu tentang apa yang berlaku dan

tiada bukti yang menyokong kepercayaan itu. Contohnya, seseorang itu percaya bahawa

dirinya ialah seorang adiwira yang boleh terbang dan kalis peluru. Kemurungan psikotik

ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat antidepresan dan ubat-ubat antipsikotik yang

dipantau oleh doktor.

k. Kemurungan Akibat Sakit:

Bagi mereka yang disahkan menderita sakit kronik yang sukar disembuhkan

seperti HIV/AIDS, kanser, penyakit jantung dan lain-lain akan lebih berisiko untuk

menghadapi tekanan yang melampau dengan sendirinya. Masalah yang disebabkan oleh

penyakit sememangnya memainkan peranan penting kepada perubahan otak yang yang

boleh menyebabkan kemurungan akibat sakit berlaku pada pesakit itu. Kebanyakan

pesakit yang menghadapi kemurungan ini adalah disebabkan mereka tidak dapat

menerima kenyataan mengenai sakit yang dihidapi serta berasa putus asa apabila

memikirkan jangka hayat mereka yang semakin pendek di dunia ini. Oleh sebab itu,

mereka perlu mengambil ubat antidepresan bagi membantu pesakit mendapatkan

keupayaan untuk terus hidup dan berfungsi selagi mereka masih bernyawa.

75

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!