27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kejadian yang menyebabkan trauma itu berlaku. Sebagai contoh, individu tersebut baru

mengetahui bahawa ahli keluarganya meninggal secara tiba-tiba dalam keadaan yang ngeri

sehingga individu tersebut dapat melihat kejadian tersebut berulang-ulang kali lebih daripada

berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan itu membuktikan bahawa individu tersebut

mengalami PTSD. Selain itu, askar yang telah lama bersara juga berkemungkinan mengalami

PTSD kerana mereka sering berperang suatu ketika dahulu dan sering menyaksikan

pembunuhan serta kematian. Seseorang yang mengalami PTSD juga berkemungkinan

memiliki 80% masalah kesihatan mental yang lain seperti tekanan perasaan, bipolar dan

sebagainya. Individu yang sering mengalami masalah ini selalunya dalam kalangan wanita.

Gejala PTSD dan dominasi relatif dari simptom yang berlainan mungkin berbeza mengikut

masa. Tempoh simptom juga berbeza-beza, pemulihan sepenuhnya akan berlaku dalam

tempoh 3 bulan bagi sesetengah orang dewasa, sementara beberapa individu tetap mengalami

gejala selama lebih dari 12 bulan dan kadang-kadang selama lebih dari 50 tahun. Gejala

PTSD akan berulang mungkin akan sering berlaku sebagai tindak balas kepada peringatan

mengenai trauma asal, tekanan hidup yang berterusan atau kejadian trauma yang baru sahaja

dialami. Bagi individu yang lebih tua, kesihatan akan semakin merosot, fungsi kognitif yang

semakin teruk dan pengasingan sosial akan berlaku jika mengalami PTSD yang melampau.

Bagi golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas,

perkembangan PTSD mereka dapat dikenalpasti apabila mereka sering teringat akan memori

negatif dan kejadian buruk yang telah menyebabkan mereka trauma. Sebagai contoh, untuk

kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas, apabila mereka sering terlibat dengan pola

bermain yang melibatkan pergaduhan dan berunsurkan keganasan secara berulang-ulang kali

akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami PTSD. Hal ini kerana, pola bermain

seperti tersebut adalah tidak sesuai dan tidak seharusnya diamalkan kerana akan

menimbulkan trauma di dalam diri mereka. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan kurang

bermain atau pola bermain tersebut muncul di dalam mimpi sehingga kanak-kanak tersebut

menjadi takut dan menghasilkan tekanan yang negatif terhadap zaman kecilnya.

Seseorang yang mengalami PTSD juga akan berasa tidak selesa dan mereka akan

mengalami simptom simptom yang berbahaya di badannya. Sebagai contoh, jantung individu

tersebut akan selalu dan cepat berdebar serta badannya akan berpeluh jika PTSD melanda

dirinya. Ingatannya juga lebih berfokus kepada kejadian yang telah menyebabkan dirinya

mengalami trauma dan mengalami tekanan. Sebagai contoh, individu tersebut akan berdebar

dan berpeluh setiap kali teringat akan kejadian kemalangan yang mengerikan melibatkan ahli

154

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!