27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Individu yang sudah didiagnosis sebagai pesakit PDD ini sangat

memerlukan rawatan kerana ianya telah berlarutan selama dua tahun atau lebih. Keadaan ini

sangat membimbangkan jika terus dibiarka tanpa rawatan dan ubat-ubatan yang berkesan.

e. Kecelaruan Disforia Prahaid (Premenstrual Dysphoric Disorder- PMDD):

PMDD dikatakan lebih teruk daripada sindrom prahaid (PMS) yang kebiasaan

dialami oleh semua wanita. Seseorang wanita yang mengalami PMDD ini menunjukkan

gejala yang lebih serius dan melampau berbanding PMS pada minggu sebelum datang

haid. Tidak dinafikan, PMDD dan PMS menunjukkan gejala fizikal dan perubahan emosi

yang hampir sama misalnya seperti kesedihan, cepat marah dan simptom yang lain.

Namun, gejala PMDD adalah lebih teruk sehingga membuatkan pesakit tidak mampu

untuk berbuat apa-apa. Gejala melampau yang ditunjukkan oleh pesakit PMDD ini juga

telah membuatkan mereka disalah erti sebagai seorang wanita yang bermasalah dan perlu

dielakkan untuk bersama kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan tanpa mereka

sedari. PMDD juga masih boleh dirawat dengan pengambilan ubat yang konsisten serta

mengamalkan gaya hidup sihat.

f. Kemurungan Bipolar / Manik:

Kemurungan ini terjadi apabila individu itu mengalami perubahan mendadak

dalam mood dan juga tenaganya. Sebagai contoh, seseorang itu boleh berasa terlalu

gembira pada mulanya dan secara tiba-tiba berasa terlalu sedih tanpa sebab. Keadaan ini

menggambarkan bahawa pesakit itu telah mengalami dua peringkat mood ekstrem yang

berbeza dalam kehidupan sehariannya. Secara diagnosisnya, seseorang itu mesti

mengalami satu episod mania untuk dikategorikan sebagai pesakit kemurungan bipolar

atau manik ini. Kemurungan ini sebenarnya, akan menjadi lebih parah jika tidak

diberikan rawatan kerana ianya masih boleh ditangani dan dikawal agar menjadi lebih

stabil dari segi emosinya.

g. Kemurungan Pascapartum:

Ini merupakan kemurungan yang dialami selepas bersalin. Jika secara logiknya,

kemurungan pascapartum ini seringkali dialami oleh kaum wanita iaitu ibu-ibu yang baru

sahaja melahirkan bayi. Namun sebenarnya, kaum lelaki juga turut berisiko untuk

mengalami kemurungan pascapartum. Bagi wanita, sebab mengapa berlakunya

kemurungan ini adalah kerana perubahan hormon, keletihan selepas melahirkan dan

73

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!