27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

pesakit stress dan cara untuk mengatasinya. Di samping itu, pesakit juga akan terus dipantau

beserta sokongan ubat-ubatan yang sesuai kepada pesakit. Pada masa yang sama, pesakit juga

akan diterapkan pendidikan tentang maklumat-maklumat gangguan yang dialami di samping

mengekalkan hubungan teraputik antara pakar dan pesakit.

Rawatan seterusnya yang boleh diberikan kepada penderita gangguan bipolar ini ialah

dengan memberikan kaunseling secara individu kepada mereka. Kaunseling individu ini

berperanan untuk membantu klien mencari alternatif yang sesuai terhadap masalah yang dialami

supaya dapat mencapai matlamat di akhir sesi. Kaunselor boleh menggunakan Teori Tingkah

Laku Kognitif semasa mengendalikan klien di dalam sesi. Hal ini kerana teori ini akan

membantu klien untuk melihat corak pemikiran mereka serta dengan panduan yang jelas yang

diberikan oleh kaunselor akan membantu klien untuk mengatasi serta mengubah pemikiran dan

tingkah laku mereka ke arah lebih rasional berdasarkan teknik-teknik yang dicadangkan dalam

teori ini.

Kaunseling keluarga juga merupakan satu rawatan yang penting kerana bagi keluarga

yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami gangguan bipolar ini, mereka perlulah

mempunyai ilmu dalam menangani golongan ini. Hal ini kerana keluarga merupakan orang yang

paling dekat dengan pesakit. Oleh itu, peranan ahli keluarga sangatlah penting dalam menjamin

kesihatan mental yang baik. Selain rakan rapat, ahli keluarga juga sering kita jadikan tempat

untuk meluahkan masalah serta berkongsi pendapat. Oleh itu, sesi kaunseling keluarga boleh

memberi fokus kepada hubungan antara ahli keluarga dan dorongan setiap anggota keluarga

dalam sama-sama membantu menangani kecelaruan emosi masing-masing.

Akhir sekali ialah rawatan secara psikopendidikan. Psikopendidikan diberikan kepada

sesuatu golongan yang mempunyai matlamat yang sama supaya sesuatu isu yang dibawa tersebut

dapat ditangani dengan baik. Hal ini kerana psikopendidikan adalah bertujuan untuk memberi

pendedahan serta mencegah sesuatu perkara daripada berlaku. Oleh itu, rawatan ini berperanan

memberi segala maklumat tentang ganggguan bipolar seperti peringkat gangguan, simpton yang

berlaku, pencegahan yang dapat dilakukan dan sebagainya. Melalui rawatan ini, pesakit akan

lebih jelas dalam menangani keadaan diri mereka.

64

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!