27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

seperti masalah emosi kanak-kanak pada usia 6 tahun, dan gangguan mental sebelumnya

yang telah dihidapi oleh seseorang individu mempengaruhi seseorang itu untuk menghidapi

PTSD. Faktor persekitaran yang merangkumi status sosioekonomi yang lebih rendah,

pendidikan rendah, pendedahan kepada trauma sebelumnya, kesukaran perkembangan hidup

kanak-kanak, ciri budaya, dan sejarah psikiatri keluarga juga menjadi penyumbang kepada

gangguan ini. Akhir sekali, genetik individu merangkumi jantina wanita dan usia yang lebih

muda pada masa pendedahan trauma mungkin akan meningkatkan risiko gangguan.

PTSD dikaitkan dengan tahap kecacatan dari segi sosial, pekerjaan, dan fizikal yang tinggi,

serta menunjukkan domain sosial, interpersonal, perkembangan, pendidikan, kesihatan fizikal,

dan pekerjaan. Dari segi fungsi otak, individu yang mengalami tekanan akan menyebabkan

berlaku perubahan di dalam sistem orak tertentu, yang menyebabkan perubahan jangka

panjang dari segi memori. Individu yang mengalami PTSD mempunyai tahap neurogenesis

yang lebih rendah pada korteks hippocampus (kawasan otak yang terlibat dalam ingatan

deklaratif verbal, yang sangat sensitif terhadap tekanan) dan prefrontal (berperanan dalam

mengendalikan gerak tubuh, menilai, merancang dan menyelesaikan masalah, serta

mengawal emosi dan diri. Selain itu, PTSD dikaitkan dengan tahap hormon kortisol pada

waktu pagi yang rendah (memberi tenaga dan mengendalikan stress), dan noripeneferin yang

tinggi (meningkatkan tekanan darah).

Dalam sampel masyarakat dan veteran, PTSD dikaitkan dengan hubungan sosial dan

keluarga yang buruk, ketidakhadiran bekerja, pendapatan rendah, dan kejayaan pendidikan

dan pekerjaan yang lebih rendah. Di samping itu, individu yang menghidapi PTSD akan

mengganggu kehidupan seharian individu seperti susah untuk tidur. Mereka juga merasakan

diri tersepit di dalam ruang yang sempit, kerana mereka memikirkan sesuatu masalah dan

tidak dapat menyelesaikannya. Akhir sekali, individu PTSD akan mempengaruhi kemampuan

seseorang untuk bekerja, melakukan aktiviti seharian, atau berhubungan dengan prang lain.

Seseorang yang mempunyai PTSD kelihatan tidak berminat untuk bergaul dengan orang lain

kerana mereka tidak mahu mengalami pengalaman yang menyedihkan.

4.6 INTERVENSI & RAWATAN

Gangguan Tekanan Posttraumatik (PTSD) memerlukan rawatan awal agar tidak menjadi

lebih teruk. Individu yang mengalami gangguan ini perlu mengetahui keadaan diri dalam apa

jua yang dihadapi. Hal ini kerana, PTSD ini merupakan antara gangguan yang bermula dari

simptom-simptom awal sehingga simptom yang paling besar. Gangguan ini tidak mampu

156

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!