27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2.0 FAKTOR BIPOLAR DISORDER

Penyakit bipolar ini juga sememangnya akan mengganggu aktiviti harian individu sekiranya

individu itu menghidap bipolar disorder. Walau bagaimanapun, penyebab kepada penyakit

bipolar masih lagi tidak diketahui dengan pasti. Berikut merupakan faktor bipolar disorder iaitu

persekitaran dan genetik.

Faktor genetik

Antara faktor yang ketara kecenderungan individu menghidap penyakit bipolar ini ialah

faktor genetik atau baka. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyakit bipolar ini kebiasaannya

melibatkan keluarga terdekat seperti ibu bapa atau sedara mara yang menghidap penyakit bipolar

tahap I. Justeru, faktor genetik atau baka memainkan peranan penting dalam penyakit bipolar ini.

Sebagai contoh, jika seseorang individu itu mempunyai keluarga terdekat yang menghidap

penyakit bipolar, individu tersebut berisiko 10% ke 15% untuk mendapat penyakit bipolar

tersebut. Jelaslah bahawa kecenderungan individu untuk mendapat gangguan bipolar disebabkan

oleh genetik atau baka.

Faktor persekitaran

Faktor persekitaran antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu

menghidap penyakit bipolar adalah gangguan tekanan selepas trauma, gangguan kecemasan,

berada dalam keadaan tertekan dalam tempoh masa yang lama dan penyalahgunaan dadah atau

alkohol.

a. Gangguan tekanan selepas trauma (Post-traumatic stress disorder)

Gangguan tekanan selepas trauma adalah sejenis penyakit mental yang dicetuskan oleh

peristiwa yang menakutkan, sama ada seseorang individu itu mengalaminya sendiri atau

melihatnya sendiri. Sebagai contoh yang dapat diketengahkan ialah jika seseorang individu itu

pernah mengalami ancaman kematian, kecederaan serius atau pernah dirogol, maka ia boleh

menyebabkan individu tersebut mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Hal ini

dikatakan demikian kerana, gangguan tekanan ini terjadi sekiranya individu tersebut bermimpi

buruk, gambaran semula peristiwa atau pemikirannya yang tidak dapat dikawal berkaitan

peristiwa yang pernah terjadi.

54

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!