27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa, kecelaruan personaliti ini kebiasaannya

banyak berlaku dalam kalangan wanita. Ini bermakna wanita lebih cenderung cenderung

berbanding lelaki. Hal ini dikatakan demikian kerana, ketidakseimbangan bahan kimia dalam

otak, keadaan sekeliling, faktor genetik dan faktor keluarga, pengalaman waktu kecil, peristiwa

traumatic yang mana telah mendorong seseorang itu mengalami kecelaruan personaliti ini.

Seterusnya, secara ringkasnya kita dapati bahawa, kecelaruan personaliti ini agak sukar dan tidak

mudah untuk dirawat. Hal ini dikatakan demikian kerana, personaliti individu terbentuk

sepanjang proses kehidupan sejak kecil sehingga ke hari ini. Personaliti yang negatif atau positif

yang dibentuk bergantung kepada bagaimana cara hidup dan posisi hidup individu sejak mereka

kecil sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, ianya masih boleh dirawat melalui rawatan

psikoterapi, psikoanalisis dan sebagainya yang mana mungkin akan mengambil masa yang agak

lama. Berkaitan dengan personaliti seseorang mungkin mengalami posisi hidup yang tidak baik

dan akhirnya membentuk personaliti yang bertentangan dengan norma dan menjadi individu

yang mempunyai kecelaruan dalam personaliti. kita boleh melihat dari sudut 4 posisi hidup

mereka iaitu, yang pertama “saya baik, anda baik” ini bermakna individu ini mempunyai

kesihatan mental yang positif. Yang kedua iaitu “saya tidak baik, anda baik” ini menunjukkan

individu tersebut mungkin mempunyai konsep kendiri yang lemah dan sentiasa melihat diri

sendiri pada sudut negatif dan merendah diri serta memburukkan diri mereka. Yang ketiga ialah

“saya baik, anda tidak baik” ini menunjukkan individu ini suka memandang rendah pada orang

dan melihat orang lain secara negatif. Dan yang keempat ialah “saya tidak baik, anda tidak baik”

posisi hidup menunjukkan posisi hidup yang paling berbahaya. Dan kebiasaannya mereka yang

mempunyai posisi hidup ini mungkin mengalami depresi yang mana depresi juga akan

mendorong seseorang mendapat kecelaruan personaliti. Mereka melihat semua sudut dunia dari

aspek negatif. Posisi hidup ini lah yang dibentuk sejak kecil sehingga ke hari ini oleh setiap

individu. Sekiranya posisi hidupnya positif maka kehidupannya akan positif dan begitu

sebaliknya.

Yang kedua, kecelaruan personaliti ini mungkin sukar untuk dirawat disebabkan oleh

bahan kimia atau kecederaan pada otak atau faktor genetik. Jika dilihat dengan jelas,

faktor-faktor penyumbang yang dinyatakan ini, berlaku tanpa diduga atau memang semula

220

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!